Thursday 13 August 2009

INI TUGAS KITA...

Labels:

Gereja Lindung Muslim HIV Dewasa : Masjid (umum) Kunci tak beri orang tidur
Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights24

Jun 09, jam 2.15 pagi--

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampumengeluarkan apa-apa perkataan.Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.

Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustazdatang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana merekapesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah didalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orangdewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindunganyang dibuat oleh orang Islam.Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapihingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu...,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan"

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah..."

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulansekali lah."

Hati saya menyapa:-"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajukapa yang saya nak sampaikan?Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkaraada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Sayahanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-"Ah.... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib.

Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-"Nanti datang lagi ye.."Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja.

Hati saya takputus-putus berdoa:-"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalamtahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gerejaini Ya Allah."Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah,ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa sepertiini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini,selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orangIslam.Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika adaniat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumahpenjagaan bagi orang Islam.Semoga sedikit niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin AbdullahPutra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi

Tuesday 11 August 2009

Sejenak

Date : 4 Ogos 2009
Tempat : Damansara Specialist Hospital
Bersama : Dr. Pakar Sakit Puan

Monday 10 August 2009

Sejenak Bersama Doctors (1)

Alhamdulillah....Bi iznillah, kami dpt merasai attachment dlm cuti summer ni...=) walau pun cume 6 hari...tp byk sgt pengalaman berharga yg ana nk kongsikan bersama.....kami ade 14 org. dibahagikan kpd 2 kump.dan ana bersama kump.1.....

Kump. 1 mula di Hosp.Pakar Damansara, Kump. 2 mula di Hospital Pakar Al-Islam, Kg. Baru...


Date : 3 Ogos 2009

Tempat : Damansara Specialist Hospital

Bersama : Dr. Mohd. Daud Sulaiman (Consultant Cardiologist)

Pagi tu, ramai sgt patient...lame jg kami tgu doc.kt kerusi tu....then...assistant Dr. Daud dtg ke tempat kami menunggu. Katenye.. "dik, skg doc.tgh ramai patient. So, doc. mtk akak bw adik2 jumpe akak2 nurse kt sne, nt diorang akan ajar adik2."

So...ok..kami pon ikut lah...smpai situ...nurse tu bw kami ke bilik-bilik yg digunakan oleh para cardiologist....kemudian, datang seorang patient nk buat echo. Nurse pun mulekan..Beliau letak alat ni (ana lupe namenye) pd dada patient ni....

Subhanallah...Kami dapat dengar bunyi jantung yg mengepam darah dgn jelas...sgt jelas.....sgt jelas...sgt hebat ciptaan Allah... Jantung yg x sebesar mana, memainkan peranan yg sgt penting pd kita...mengepam darah ke saluruh tubuh, menghantar oxygen ke tisu2, membawa karbon dioxide keluar badan....

Then, kami merayau lg..memandangkan all doc.n nurses sgt sibuk..n kami pun da dpt kbnran untuk merayau dlm hosp.maka...kmi pun merayau la..

Sampai kami masuk ke tempat MRI. hmmm...MRI ni, fungsi asasnye, same mcm x-ray...tp, ape beze MRI dgn x-ray biasa?

Melalui x-ray, kte dpat tengok tulang-belulang dlm badan manusia. tp, kalu MRI, kte dpt tengok saraf2 skali..n sbnanye, byk lg perbezaannye....ni, juz ape yg ana tau...

Alhamdulillah...waktu tu ade seorg patient masuk tpt MRI tu...beliau scan bhgn kepala. Kate mrk yg bertugas di situ, kos untuk scan satu bghn, biasenye RM 900 ke atas...hmmm....mahal x? sbb, alat tu mahal...

Tgh haripulak, Dr. Daud sempat bw kami tengok stress test. ujian utk menguji kekuatan jantung. Patient kene berjalan...then berlari ikut tahap kemampuan masing2. Waktu tu, ade seorg patient yg bt stress test. Pak cik tu berjaya melepasi thp 4, thp yg x semua org dpt capai...ummm..

Moral :
Jagalah jantung kita....

Allah Maha Bijaksana. Jantung yg kecil memainkan peranan yg besar buat kita.
Allah Maha Pengasih. Masih menganugerahkan jantung y sihat buat kita.

Allah Maha Penyayang. Andai Dia mengtaqdirkan ada thrombus (sumbatan) di salur darah ...
~di kepala = strok
~di jantung = heart attack
~dll.....

Bersyukurlah....wahai hamba Allah....=)
bersambung.....