Friday 27 August 2010

Secangkir Coretan Jaulah Haramain-MADINAH


Assalamu'alaikum w.b.t.

Ramadhan kareem...^_^ alhamdulillah...dengan izin Allah, setelah sekian lama menunggu masa yang sesuai untuk melakar sedikit kisah sepanjang jaulah Haramain (yang bermakna 2 tanah haram) pada tanggal 29 Rejab 1431H-10 Julai 2010M yang lalu, akhirnya, dapat juga meluangkan sedikit masa untuk blog ni. Alfu syukur.

Perjalanan pertama melangkah ke Madinah An-Nabawiyah. Sebuah bandar yang sangat bersih, masha-Allah. Benarlah kata orang, tanah Haramain, tanah kedamaian. Berdiri di bumi Madinah, sememangnya terasa ketenangan yang tak terdapat di tempat lain.

'Isyak, 30 Rejab 1431H-11 Julai 2010. Pertama kali menatap Masjidin Nabawi yang sebenar di depan mata. Macam tak percaya. Apabila azan berkumandang, lautan manusia daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan negara berpusu-pusu dari segenap penjuru menuju ke arah tempat yang sama. subhanallah... subhanallah... subhanallah...

Masjid berkubah hijau itu sangat luas. berbeza dengan Masjidil Haram di Mekah, 1000 pahala solat hanya akan diperolehi kalau solat di dalam masjid (Masjidin Nabawi). Hatta, kalau solaty setapak di luar pintu Masjidin Nabawi pun, tetap tak sama dengan mereka yang solat setapak dari dalam pintu masjid tu.
Siapa pernah tengok taman Raudhah dalam gambar/real? hmmm...Raudhah tu dalam Masjidin Nabawi. Di situ terletaknye makam kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. ^_^ Kalau berjalan dalam masjid ni menuju ke Raudhah, nak tau samada dah masuk dalam kawasan Raudhah ke belum adalah...apabila kaki dah pijak permaidani hijau, huh...itulah kawasan Raudhah, kawasan yang selain tu permaidaninya warna merah.

Raudhah...selain makam Rasulullah tercinta, kat situ juga terletaknye mimbar baginda, beberapa batang tiang yang mane setiap tiang tu ade name masing-masing. tiang-tiang syurga. Raudhah adalah antara tempat-tempat mustajab doa'. subhanallah... subhanallah... subhanallah...hatta, lintasan hati pun kene berhati-hati. ana dan cik Yam dah kena...nge3...

Pernah mase ana masuk ke Raudhah, lepas solat subuh. Mase tu, pintu depan baru dibuka, ana duduk dulu. Tak mau berebut-rebut dengan mak cik-mak cik n kakak-kakak tu. Bayangkanlah gelombang manusia dari seluruh pelusuk dunia nak menuju ke tempat yang sama pada satu masa. Apabila rase macam bilangan yang berebut dah kurang, dengan lafaz basmalah dan hati yang bertawakkal, ana mule melangkah masuk.

Melepasi pintu tu, bukan terus sampai ke kawasan Raudhah. kene berjalan bermeter-meter sikit ke depan untuk sampai ke tempat tu. mase nak hampir tiba ke Raudhah, ana nampak ribuan manusia lagi yang sedang menunggu giliran untuk masuk Raudhah. "Ya Allah, tak masuk lagi diorang nih..." nak tak nak, tak lame lagi Raudhah di kawasan akhawat akan tutup. Maknenye, keputusan yang diambil adalah...terjun ke dalam lautan mak cik-mak cik n kakak-kaka tu...huahuahua...

Hanye Allah yang tau perasaan mase tu...apabila berada dalam lautan manusia yang berhimpit-himpit tu, dah tak mampu bergerak voluntarily. You've no choice unless follow the tide. Can do nothing unless DOA'. Even only if you tsry to look down and looking for your feet...huhuhu...you cannot even see your big toe. Kat situ ana terfikir..."ke mana perginye sifat sabar dan bertolak ansur yang Rasulullah ajarkan..? sedih tak Rasulullah tengok umat-umat baginda zaman ni? Astaghfirullah al-Azhim.."
Ni lah sebahagian daripada Raudhah. tapi makam Rasulullah tak kelihatan.

Bile terase ade sedikit ruang, ana cube tunduk melihat ke bawah.."carpet hijau!..dah sampai Raudhah." Apa yang mustahil pada pandangan manusia itu, tak mustahil bagi Allah. Dalam kepungan manusia tu, hati berdoa pada Allah agar diberi sedikit ruang untuk solat sunat. Hanye beberapa saat lepas tu, mak cik-mak cik yang ade di depan ana bergerak sedikit ke hadapan. Alhamdulillah...ade ruang untuk solat. ^_^

Bertawakkal agar sentiasa dalam peliharaan Allah. Dalam keadaan macam tu, bile-bile mase boleh dipijak orang, lagi pulak semase sujud. Na'uzubillah. Ape yang diharapkan adalah ketenangan sepanjang mase lantaran ketenangan itu adalah nikmat dari Tuhan yang tak terkira.^_^

Selesai solat, ana berdiri. Mata terus mencari makam Rasulullah tercinta. Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...sekali lagi diberi peluang menatap makam rasul tercinta. Mase tu kedudukan ana dalam kurang 1/2 meter dari makam baginda. Ingin sekali berada dekat dengan makam baginda walau sesaat.

Tapi melihatkan manusia yang berpusu-pusu tu, ditambah lagi dengan diri sendiri yang tersekat di tengah-tengah mereka, hati berdoa agar Allah beri yang terbaik. Andai lebih baik keluar segera, maka keluarlah segera. tapi andai lebih baik berada dekat dengan makam baginda walau sekejap, maka pergilah...masha-Allah...

"dan rahsiakanlah kata-katamu atau nyatakanlah ia, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang berada di dalam dada." ~67:13

Dengan izin Allah...tak tau dari arah mane arus tu datang, insan-insan itu bergerak menolak jasad yang lemah ni menuju ke sesuatu arah...mase tu sangat menakutkan...mane taknye...sebab mase tu arus yang menolak tu sangat laju dan kuat...dan ana pun tak tau ditolak ke mane...dan keputusan yang diambil adalah...pejam mata...=_= huhuhu...tak lame lepas tu, terasa macam keadaan makin reda, beranikan diri, bukak mata...

subhanallah... subhanallah... subhanallah..."ni makam Rasulullah...kekasih Allah..."hanye beberapa inci di sebelah bahu.

Segala puji bagi Allah. Banyak perkara yang ana belajar sepanjang travel ni, yang Allah ajarkan melalui hamba-hambanya yang lain...terima kasih kepada travel agent yang menguruskan kami dan group members Jaulah Haramain kali ni..^_^ sp.Cik Yam..mekacih Yam...

Travel di bumi Haramain, tidaklah seperti travel di Malaysia, UK, Jepun, Taiwan...dsb yang memiliki asset pelancongan seperti pantai, hutan tropika dll. Kekayaan dan keistimewaan yang ada di dua tanah haram ni pada ana adalah...Masjidil Haram di Mekah dan Masjidin Nabawi di Madinah....dan berada di dua masjid ini adalah nikmat yang lebih hebat berbanding berada di tempat lain di muka bumu ni. sungguh!

Tiada tempat yang terdapat ketenangan dan keamanan di dalamnya di dunia melainkan di Haramain.

Tiada tempat yang lebih baik untuk menyucikan dan membina kekuatan jiwa melainkan di Haramain.

Tiada tempat yang lebih baik untuk menyuburkan rasa cinta, rindu dan yakin pada Allah dan Rasul melainkan di Haramain.

sentiasalah berdoa pada Allah agar diberi peluang dan kesempatan untuk berada di tanah suci ini. kullu sanah wa antum bil khoir.^_^










Monday 16 August 2010

Gentle but firm!



JaNGaN JEMU MEMUJI DaN MERaNGSaNG

http://saifulislam.com/


“Naurah dah makan ke?” saya bertanya.

Beliau hanya tersengih.

Muka saya masam mencuka.

Naurah memuncungkan mulutnya.

“Kenapa Naurah makan? Bukankah hari ini kita berpuasa? Sayang sahaja. Baru pukul 11 pagi!” saya menjelaskan kepadanya tentang apa yang berlaku.

Too hot to handle…. kadang-kadang begitu saya istilahkan anak perempuan kesayangan saya ini. Naurah sangat unik. Hatinya boleh menjadi sekeras batu, boleh juga sedingin salju. Jika saya pulang dari kerja, Naurahlah yang paling mesra menyambut di pintu, menawarkan segelas air dan mencabut stokin serta membuat apa sahaja untuk menggembirakan hati saya.

Tetapi hatinya itu jangan disinggung.

Tersilap menegur, langit cerah menjadi taufan. Amuknya bukan kepalang.

POSITIVE REINFORCEMENT

Mengajar sesuatu kepada Naurah adalah contoh ekstrim tentang keperluan POSITIVE REINFORCEMENT.

Pendekatan ini bukan bermaksud melimpahkan pujian tidak berasas tanpa tujuan kepada anak-anak. Positive reinforcement bermaksud kepekaan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berhubung dengan kanak-kanak, terhadap perbuatan baik yang dilakukan oleh seorang anak, mengiktiraf kebaikan yang dilakukan itu dan memberikan ganjaran. Apa yang diganjarkan itu, sama ada berbentuk pujian, senyuman, anggukan kepala dan sesekali hadiah untuknya, menjadi PERHATIAN yang diberikan oleh di tempat yang betul untuk anak-anak.

Ia membantu anak-anak menetapkan satu tujuan yang positif kepada anak-anak untuk mereka membuat kebaikan.

Ia juga tidak menghantar mesej yang salah kepada anak-anak, bahawa perbuatan baik mereka disepikan, salah laku ditegur malah diherdik. Akhirnya, hanya dengan salah laku, mereka akan mendapat perhatian daripada ibu dan bapa.

Naurah tidak makan saman, tetapi sangat menghargai pujian. Setiap pujian sangat menjadikannya bermotivasi tinggi untuk melakukan sesuatu yang baik. Manakala teguran, amat sulit untuk dihadam.

Perempuan barangkali? Saya hanya mampu tersenyum memikirkannya.

Metod Khalifah mengajar ibu bapa prinsip berlembut tetapi tegas. Gentle but firm!

Bersama Naurah, kami menggunakan sepenuhnya regim ini.

HUKUMAN YANG BERSESUAIAN

“Wah, seronoknya. Ada jelly!” Naurah melonjak gembira melihat agar-agar merah kegemarannya terhidang di meja.

Sorry, meja ini untuk orang yang berpuasa sahaja. Naurah duduk dulu. Makan selepas kami makan” saya bertegas.

Wajahnya segera berubah. Masam mencuka. Renungan matanya seperti mahu menelan saya. Tetapi saya dan isteri abaikan sahaja. Sudah biasa.

“Seronok betul makan bersama-sama apabila berbuka. Sebab itu kita kena berpuasa. Kalau letih dan tak mampu, beritahulah ibu bapa. Jangan pula pandai-pandai makan sendiri. Terpulang, mahu makan makanan yang sedap-sedap, atau sekadar makan nasi lauk semalam” saya bermonolog sambil menjeling di ekor mata melihat gelagat Naurah yang sudah berbungkus selimut membina ‘comfort zone‘ beliau sendiri.

Keesokan harinya, Naurah enggan bangun sahur.

2 Ramadhan adalah hari beliau melepaskan kemarahan. Semua jadi tidak kena. Naurah enggan berpuasa.

3 Ramadhan pun sama juga.

4 Ramadhan, kemarahannya reda.

Naurah bangun bersahur dengan ceria. Semangkuk cereal menjadi hidangan dengan sedikit nasi yang ditambah.

Sepanjang hari Naurah ceria. Banyak masa dihabiskannya dengan melukis. Saya memantau lukisan Naurah yang kelihatannya semakin lama semakin terpeinci, hingga khemah pun sudah ada pasak dan tali yang lengkap, demikian juga tompok-tompok pada kucing yang bukan satu warna lagi.

“Naurah dahagalah” kata anak dara saya itu.

“Naurah boleh tahan lagi ke?” saya sekadar memeriksa.

Tidak memaksa, namun tidak mahu puasa berlaku tanpa difahami ertinya.

“Naurah boleh tahan lagi” katanya.

“Bagusnya. Kalau penat beritahu Abi, ok!” saya mengingatkan.

Sehingga lewat petang, Naurah masih berpuasa. Abangnya, Saiful Islam sudah tidak tentu arah. Tidak sabar mahu bertolak balik ke kampung. Juga gelisah menahan kelaparan.

BERJAYA

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!” azan berkumandang.

“Tahniah Naurah… Tahniah Naurah… Tahniah Naurah!!!” kami semua menjerit.

4 Ramadhan mencatatkan kegembiraan buat kami semua kerana buat pertama kalinya, Naurah berjaya menyempurnakan puasanya dengan baik! Berdozen-dozen ciuman dan pelukan kami berikan sebagai tanda kegembiraan. Tidak dilupakan Strawberry House yang diharap-harapkannya semenjak awal tahun lagi.

Setiap anak itu unik.

Ibu bapalah yang mesti mengesan dan menghargainya.

Subuh ini Naurah ceria bersahur lagi.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG