Friday, 25 December 2009

UKHWAH KITA - UKHWAH KASIH SAYANG






3 MUHARRAM 1431H / 20 DISEMBER 2009M

Lepas selesai kelas biokimia... aku, maryam dan salwa melangkah keluar kuliah, nak menuju ke Muhandesein (Safarah Maliziya). Singgah solat zohor di surau kuliah dahulu. Usai solat, kami terus menaiki tremco ke Ramsees.

Sepanjang perjalanan ke Ramsees, aku termenung. Berfikir. Kebaikan itu indah. Satu frasa yang terus tercipta di benak fikiranku…”buatlah apa sahaja asalkan yang membuahkan kebaikan dan menghalang segala kejahatan”. Aku tersenyum. Senang dan tenang hatiku walau jasad ini berada di celah kesesakan manusia yang kebanyakannya bukan sebangsa denganku (tp, mungkin kebanyakannya seagama denganku ^_^).

Transit di Ramsees, kami turun dari tremco, berjalan sambil menahan teksi. Melihat manusia-manusia pada tengah hari itu sangat sibuk dengan urusan masing-masing. Berjalan ke sana-sini, memanggil-manggil pelanggan ke kedai masing-masing, pemandu kenderaan awam melaung-laung destinasi tujuan dengan harapan ada yang ingin menaiki kenderaan mereka dan macam-macam lagi ragam manusia.

Tidak lama kemudian, sebuah teksi melewati pandangan kami. Aku menahannya.
“Muhandesein?” tanyaku kepadanya.
Pemandu teksi itu bertanya semula, “fein fi Muhandeseen?”
Jawabku, “’arafta, Masjid Musthafa Mahmud?”
Dia membalas, “aiwah”.
Aku tersenyum. Lantas memasukinya. Maryam dan Salwa pun turut serta.

Tiba di Muhandeseen, kami turun di hadapan Safarah Saudi Arabia dan berjalan menuju ke Safarah Maliziya yang terletak tidak jauh dari situ. Saat kami menghampiri bangunan tersebut, mataku terpana.
“Kenapa hari ni tak banyak kereta di depan pintu safarah? Tak seperti selalu…”
Pintu safarah tutup seperti hari-hari lainnya. Itu tidak pelik bagiku tetapi hairan. Kaki terus melangkah menuju ke arah petugas Arab di situ. Belum sempat kami bertanya, petugas itu terus berkata sesuatu kepada kami. Laju kata-katanya. Kami senyap. Tak faham.
“ea?” Itu je yang mampu kami ungkapkan.
“Tutup!” Jawabnya.
Wah! Memang benar. Kebanyakan pekerja Arab di safarah Maliziya ini fasih berbahasa Melayu. ^_^

~Rupanya, hari ini safarah masih tutup sempena Ma’al Hijrah 1431H. Ok!

Deras akalku berfikir. (naik tremco + teksi = safarah tutup) hmm…agak sedih sebenarnya.
“jangan sedih,” kataku kepada Maryam dan Salwa.
“eh, tak. Yam x sedih. Tapi, yam lapar,” spontan Maryam membalas.
“owh, aku je yang sedih, jangan sedih… jangan sedih…” pujuk hati kecilku.
“Kalau cam tu, jom la kite gi makan,” aku mengajak mereka.

Menuju ke Hardees. Kami berjalan sambil bercerita. Macam-macam cerita yang kami bualkan. Ketawa sama-sama. Subhanallah. Rindunya saat-saat sebegini. Sudah lama tak bercerita santai begini dengan mereka. Rasa seperti satu jarak yang kian x nampak. Hehe… faham ke? Nanti akan diterangkan dihujung bingkisan kata. Insha-Allah.^_^

*****
“Hari ini di Muhandeseen x sia-sia,” bisik hatiku.
Akalku ligat berfikir, membuat khulasah daripada apa yang berlaku. Proses anabolisma ukhwah (pembinaan ukhwah) dalam pelaksanaan dakwah tidak semestinya dalam majlis-majlis formal seperti apa yang diaturkan sendiri oleh kita. Ia akan berlaku sepanjang masa. Hari itu, di Muhandeseen, aku lebih mengenali sahabat-sahabatku ini, Maryam dan Salwa.
“Ya Allah, betapa sebelum ini aku kurang mengenali mereka, dan sekarang aku makin menyayangi mereka,”diri ini bermonolog lagi.
Duduk santai-santai begini sambil makan-makan pun boleh mebina ukhwah. ^_^ Subhanallah.

*****
Khulasoh :

1) ”buatlah apa sahaja asalkan yang membuahkan kebaikan dan menghalang segala kejahatan”.

2) Setiap hari manusia bekerja. Bekerja sebagai buruh, pelajar, pengajar, doctor, kontraktor, penjual, pemborong dan sebagainya.^_^

“sungguh, usahamu memang beraneka macam(4) maka barang siapa memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa(5) dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga)(6) maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)(7)”
~al-Lail : 4-7

3) Sesungguhnya sabar itu indah. Seandainya Allah tidak mengurniakan kesabaran kepada hamba-hambanya yang sangat kerdil ini…wallahu’alam. ^_^ Sesungguhnya sabar itu indah…sabar itu indah…

“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
~Ali Imran:142

4) “…satu jarak yang kian x nampak…”
Satu frasa yang baru bertapak di dalam hati ini. Frasa ini adalah natijah dari apa yang aku lakukan. Maryam, Salwa, aku dan sahabat-sahabat yang lain…hari-hari bertemu di kuliah, hari-hari berselisih bahu…hari-hari duduk bersebelah mendengar lecture bersama. Tamat kelas, masing-masing membawa diri ke destinasi masing-masing bersama tujuan yang pelbagai. Bila direnungkan semula, terasa seperti robot. Hari-hari melaksanakan aktiviti yang sama. Bertemu hanya untuk berbicara biasa, gelak dan ketawa. Sedangkan Allah tidak menciptakan diri ini dengan sia2...

Apa yg kian aku sedar kini, selama ini...betapa rapuhnya ikatan ukhwah antara aku dan mereka. betapa rapuhnya ukhwah itu antara kamu dan dia. betapa rapuhnya ukhwah itu antara aku dan kamu. Betapa rapuhnya...ukhwah itu antara kita semua, saudara seagama. Antara sesama kita. Kita = yang mengaku Allah itu Tuhan yang Esa, Rasulullah itu pesuruh-Nya, kita yang menghadap pada kiblat yang sama, yang berlindung di bawah naungan yang sama, ISLAM.

Islam tersebar dengan ukhwah. ukhwah yang ikhlas kerana Allah. kenapa di zaman Rasul Ulul Azmi dulu, Islam terpasak dengan gagah? Kerana ukhwah yang mantap antara para sahabat. Kenapa di zaman khulafa ar-Rasyidin, zaman kegemilangan tamadun Islam dahulu (Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyyah), Islam dijunjung setinggi-tinggi kedudukan? kerana pemimpin-pemimpinnya mempunyai ukhwah Islamiyah yang sangat hebat. kenapa di zaman ini...umat Islam diinjak sedalam-dalamnya, negara Islam dijajah sehabis-habisnya, pemimpin-pemimpin Islam dibonekakan sebaik-baiknya, dan... pemuda-pemudi Islam ditipu sehingga rosak akhlak, budi pekertinya??? kenapa? kerana ukhwah fillah kita....berada di mana??? aku, aku..dan kamu,kamu..


konsepnya?

ukhwah = "sayangi mereka seperti kamu menyayangi dirimu sendiri."

~Nur Suhaila Hamran, Hayyu 'Asyir, 8 Muharam 1431H/25 Disember 2009M

Monday, 30 November 2009

ISLAM - THE WAY of LIFE ^_^

The Five Pillars of Islam

1) The testimony that none has the right to be worshipped but Allah and that Muhammad is His Messenger.
2) Establishing the prayer, and that one is to pray five times a day, at dawn, afternoon, late afternoon, at sunset and at night.
3) Zakat – giving alms to the poor.
4) Fasting in the month of Ramadhan.
5) Performing the hajj, at least once in a lifetime
.




The Six Pillars of Faith (Iman)

1) Believe in Allah
2) Believe in His Angels
3) Believe in the Book – Al-Quran
4) Believe in the Messengers
5) Believe in Qiamat
6) Believe in Qada’ and Qadar – Divine Preordainment


*The Pillars of Islam – The performed deeds that are seen.
*The Pillars of Iman – The affair of the soul.

Tuesday, 8 September 2009

SeNyuMLaH..^_^

As$aLamu'aLaiKuM....
Abu Yazid Al Busthami....seorang pelopor sufi... pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Wednesday, 2 September 2009

Bila Berdepan Jihad Terbesar.....

Assalamu'alaikum...

Selalu terdengar dan terbaca.. frasa...'Jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu'.
Sering kali terfikir...mcm mane tu..?
Bila keseorangan...
Hati ini baru mengerti...
hmmm...
'melawan dan mendidik nafsu itu mmg jiahd yg sgt besar'

Bila kesunyian...
diri inginkan teman utk berbual..
diri inginkan teman berikan hiburan...
diri inginkan segalanya agar x kesunyian...
tension melayan keinginan...
nafsu mmg x pernah puas...

minta akal utk berfikir...
kalau teman yg aku inginkan...
mampukah teman itu sentiasa berada di sisi ku..?
mampukah aku pastikan teman itu x bosan bersamaku..?
tak mampu...
tak mampu...
cinta dan sayang manusia x pernah kekal...!

aku tahu...
dan ramai manusia jg tahu...
'cinta sejati'...
hanya cinta pada Tuhan yg satu...
hanya cinta Allah yg kekal abadi...
hanya Allah yg sentiasa di sisiku...
hanya Allah....
hanya Allah...

tp kenape.....
sukar benar utk aku terima cinta Tuhan itu...?
sukar benar tangan ini membuka surat cinta-Nya...
114 surat cinta-Nya...
sukar benar bibir ini menuturkan ayat2 suci itu...
sukar benar mata ini meneliti butir2 ayat2 cinta itu..

oh, Tuhan...
penatnya mendidik nafsu ini
agar sentiasa mengingati dan mencintai-Mu...

oh, Tuhan...
berikan daku kekuatan
dalam perjuangan ini.
aku x mau tewas pd nafsu.
aku x mau tunduk pd nafsu.
aku x mau.
izinkan aku melamar cinta-Mu...
izinkan, wahai Tuhan...
izinkan...

*monolog diri penulis...pengembara...(@_@)

"Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang"
~Al-Hijr,49.

Thursday, 13 August 2009

INI TUGAS KITA...

Labels:

Gereja Lindung Muslim HIV Dewasa : Masjid (umum) Kunci tak beri orang tidur
Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights24

Jun 09, jam 2.15 pagi--

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampumengeluarkan apa-apa perkataan.Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.

Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustazdatang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana merekapesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah didalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orangdewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindunganyang dibuat oleh orang Islam.Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapihingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu...,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan"

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah..."

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulansekali lah."

Hati saya menyapa:-"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajukapa yang saya nak sampaikan?Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkaraada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Sayahanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-"Ah.... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib.

Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-"Nanti datang lagi ye.."Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja.

Hati saya takputus-putus berdoa:-"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalamtahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gerejaini Ya Allah."Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah,ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa sepertiini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini,selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orangIslam.Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika adaniat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumahpenjagaan bagi orang Islam.Semoga sedikit niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin AbdullahPutra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi

Tuesday, 11 August 2009

Sejenak

Date : 4 Ogos 2009
Tempat : Damansara Specialist Hospital
Bersama : Dr. Pakar Sakit Puan

Monday, 10 August 2009

Sejenak Bersama Doctors (1)

Alhamdulillah....Bi iznillah, kami dpt merasai attachment dlm cuti summer ni...=) walau pun cume 6 hari...tp byk sgt pengalaman berharga yg ana nk kongsikan bersama.....kami ade 14 org. dibahagikan kpd 2 kump.dan ana bersama kump.1.....

Kump. 1 mula di Hosp.Pakar Damansara, Kump. 2 mula di Hospital Pakar Al-Islam, Kg. Baru...


Date : 3 Ogos 2009

Tempat : Damansara Specialist Hospital

Bersama : Dr. Mohd. Daud Sulaiman (Consultant Cardiologist)

Pagi tu, ramai sgt patient...lame jg kami tgu doc.kt kerusi tu....then...assistant Dr. Daud dtg ke tempat kami menunggu. Katenye.. "dik, skg doc.tgh ramai patient. So, doc. mtk akak bw adik2 jumpe akak2 nurse kt sne, nt diorang akan ajar adik2."

So...ok..kami pon ikut lah...smpai situ...nurse tu bw kami ke bilik-bilik yg digunakan oleh para cardiologist....kemudian, datang seorang patient nk buat echo. Nurse pun mulekan..Beliau letak alat ni (ana lupe namenye) pd dada patient ni....

Subhanallah...Kami dapat dengar bunyi jantung yg mengepam darah dgn jelas...sgt jelas.....sgt jelas...sgt hebat ciptaan Allah... Jantung yg x sebesar mana, memainkan peranan yg sgt penting pd kita...mengepam darah ke saluruh tubuh, menghantar oxygen ke tisu2, membawa karbon dioxide keluar badan....

Then, kami merayau lg..memandangkan all doc.n nurses sgt sibuk..n kami pun da dpt kbnran untuk merayau dlm hosp.maka...kmi pun merayau la..

Sampai kami masuk ke tempat MRI. hmmm...MRI ni, fungsi asasnye, same mcm x-ray...tp, ape beze MRI dgn x-ray biasa?

Melalui x-ray, kte dpat tengok tulang-belulang dlm badan manusia. tp, kalu MRI, kte dpt tengok saraf2 skali..n sbnanye, byk lg perbezaannye....ni, juz ape yg ana tau...

Alhamdulillah...waktu tu ade seorg patient masuk tpt MRI tu...beliau scan bhgn kepala. Kate mrk yg bertugas di situ, kos untuk scan satu bghn, biasenye RM 900 ke atas...hmmm....mahal x? sbb, alat tu mahal...

Tgh haripulak, Dr. Daud sempat bw kami tengok stress test. ujian utk menguji kekuatan jantung. Patient kene berjalan...then berlari ikut tahap kemampuan masing2. Waktu tu, ade seorg patient yg bt stress test. Pak cik tu berjaya melepasi thp 4, thp yg x semua org dpt capai...ummm..

Moral :
Jagalah jantung kita....

Allah Maha Bijaksana. Jantung yg kecil memainkan peranan yg besar buat kita.
Allah Maha Pengasih. Masih menganugerahkan jantung y sihat buat kita.

Allah Maha Penyayang. Andai Dia mengtaqdirkan ada thrombus (sumbatan) di salur darah ...
~di kepala = strok
~di jantung = heart attack
~dll.....

Bersyukurlah....wahai hamba Allah....=)
bersambung.....

Sunday, 26 July 2009

Serulah...

"Serulah (manusia) kpd jalan Tuhan-mu dgn hikmah dan pengajaran yg baik, dan berdebatlah dgn mereka dgn cara yg baik. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

An-Nahl (16), ayat 125.



Assalamu'alaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Nak atau tak, kte x ade pilihan...melainkan...kte sampaikan.

Faham ke statement tu? Mcm ni...

Andai kite diizinkan Allah utk memiliki sesuatu ilmu...apabila sampai satu masa kte kene sampaikan, maka kte kene sampaikan.

Contoh:

Situasi 1 : Seorang mak cik meninggikan suara kepada ibu bapanya (tak kiralah mereka kurang pendengaran atau x). Kite tau bagaimana Islam didik kte ttg adab dgn ibu bapa.

Situasi 2 : Seorang adik berbohong kpd ibunya. Kte tau yg Islam x pernah mengajar kite utk berbohong dan x pernah wujud istilah 'bohong sunat' dlm Islam.

Situasi 3 : Seorang kawan ponteng kelas....dan kite tau..."Tolabul 'ilmi faridhotun 'ala kulli Muslim." Lagi pulak, tindakan kawan tu akan merugikan diri sendiri.

So, di situ ape peranan kita..?

Apa tindakan kita sbg seorg yg diberikan ilmu oleh Allah..?

Apa reaction kite apabila ajaran Islam tak dilaksanakan oleh individu Muslim itu sendiri?

Suatu ketika dahulu, seorg Panglima Islam, TARIQ BIN ZIYAD (75H-125H / 670M-720M) duduk bersendirian merenung lautan yg luas setelah menyelesaikan tugasnya menakluk Portugal..di hatinya, Tariq berkata...

"Suatu hari nanti, aku seberangi lautan ini bagi menyebarkan syariat Islam di seberang sana,"

-Rujukan : Novel Sejarah Islam, PTS, karangan Abdul Latip Talib.

Nah! Panglima Tariq sedar akan tanggungjawab yg Allah amanahkan kpdnya utk menyampaikan cahaya Islam kpd mereka yg belum mengenal APA ITU ISLAM.

Skrg lihat peranan kita...lihat amanah yg Allah berikan pd kita... Kita laksanakan atau tidak..? Hatta, walaupun kpd sesama Muslim...?

Sesetengah org berpendpat, nak menyampaikan Islam kpd org yg tak tau langsung ttg Islam lbh senang drpd nak smpaikan pd yg dah sedia Islam tp tak nak terima...hmmm...kenape tu..? salah satu sbb..Mungkin sbb manusia itu memiliki sifat ego yg tinggi.

Namun, sebagai makhluk yg diciptakan Allah sebagai pemegang amanah, Khalifah Allah...laksanakanlah...laksanakanlah... Biar pahit sekali pun untuk ditelan. krn suatu hari nanti (Hari Akhirat), Allah akan bertanya kembali ttg amanah2 yg Dia berikan pd kita...


Oleh itu, ana ingatkan kpd diri yg daif ini dan sahabat semua, laksanakanlah amanah yg Allah pertanggungjwbkan kpd kita. Serulah...Serulah.. Serulah diri kita dan mereka agar segera kmbali kpd Allah. Laksanakan segala suruhan-Nya, tinggalkan segala larangan-Nya.


Memang...nak menyampaikan itu sememangnya payah. Kadang ditentang, kadang dibenci, kadang dipulau, kadang diherdik dsb. Biar pun oleh adik-beradik atau saudara sendiri atau sahabat baik sendiri.


"Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan pula bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."


An-Nahl (a6), ayat 127-128.


Khulasohnya...


1) Nak atau tak, tugas kita adalah SAMPAIKAN Islam kpd penghuni dunia yg bergelar manusia...sbb...

- Allah tak ciptakan kite dan mereka dgn sia-sia krn...

- kita ada tugas yg besar sbg makhluk yg berjawatan Khalifah Allah

untuk menegakkan Kalimah Tauhid..LA ILAHA ILLALLAH di muka

muka bumi ini.


2) Bersabarlah (As-sobaru Jamil..)


Wallahu'alam.


Sekian. Wassalam.