3 MUHARRAM 1431H / 20 DISEMBER 2009M
Lepas selesai kelas biokimia... aku, maryam dan salwa melangkah keluar kuliah, nak menuju ke Muhandesein (Safarah Maliziya). Singgah solat zohor di surau kuliah dahulu. Usai solat, kami terus menaiki tremco ke Ramsees.
Sepanjang perjalanan ke Ramsees, aku termenung. Berfikir. Kebaikan itu indah. Satu frasa yang terus tercipta di benak fikiranku…”buatlah apa sahaja asalkan yang membuahkan kebaikan dan menghalang segala kejahatan”. Aku tersenyum. Senang dan tenang hatiku walau jasad ini berada di celah kesesakan manusia yang kebanyakannya bukan sebangsa denganku (tp, mungkin kebanyakannya seagama denganku ^_^).
Transit di Ramsees, kami turun dari tremco, berjalan sambil menahan teksi. Melihat manusia-manusia pada tengah hari itu sangat sibuk dengan urusan masing-masing. Berjalan ke sana-sini, memanggil-manggil pelanggan ke kedai masing-masing, pemandu kenderaan awam melaung-laung destinasi tujuan dengan harapan ada yang ingin menaiki kenderaan mereka dan macam-macam lagi ragam manusia.
Tidak lama kemudian, sebuah teksi melewati pandangan kami. Aku menahannya.
“Muhandesein?” tanyaku kepadanya.
Pemandu teksi itu bertanya semula, “fein fi Muhandeseen?”
Jawabku, “’arafta, Masjid Musthafa Mahmud?”
Dia membalas, “aiwah”.
Aku tersenyum. Lantas memasukinya. Maryam dan Salwa pun turut serta.
Tiba di Muhandeseen, kami turun di hadapan Safarah Saudi Arabia dan berjalan menuju ke Safarah Maliziya yang terletak tidak jauh dari situ. Saat kami menghampiri bangunan tersebut, mataku terpana.
“Kenapa hari ni tak banyak kereta di depan pintu safarah? Tak seperti selalu…”
Pintu safarah tutup seperti hari-hari lainnya. Itu tidak pelik bagiku tetapi hairan. Kaki terus melangkah menuju ke arah petugas Arab di situ. Belum sempat kami bertanya, petugas itu terus berkata sesuatu kepada kami. Laju kata-katanya. Kami senyap. Tak faham.
“ea?” Itu je yang mampu kami ungkapkan.
“Tutup!” Jawabnya.
Wah! Memang benar. Kebanyakan pekerja Arab di safarah Maliziya ini fasih berbahasa Melayu. ^_^
~Rupanya, hari ini safarah masih tutup sempena Ma’al Hijrah 1431H. Ok!
Deras akalku berfikir. (naik tremco + teksi = safarah tutup) hmm…agak sedih sebenarnya.
“jangan sedih,” kataku kepada Maryam dan Salwa.
“eh, tak. Yam x sedih. Tapi, yam lapar,” spontan Maryam membalas.
“owh, aku je yang sedih, jangan sedih… jangan sedih…” pujuk hati kecilku.
“Kalau cam tu, jom la kite gi makan,” aku mengajak mereka.
Menuju ke Hardees. Kami berjalan sambil bercerita. Macam-macam cerita yang kami bualkan. Ketawa sama-sama. Subhanallah. Rindunya saat-saat sebegini. Sudah lama tak bercerita santai begini dengan mereka. Rasa seperti satu jarak yang kian x nampak. Hehe… faham ke? Nanti akan diterangkan dihujung bingkisan kata. Insha-Allah.^_^
*****
“Hari ini di Muhandeseen x sia-sia,” bisik hatiku.
Akalku ligat berfikir, membuat khulasah daripada apa yang berlaku. Proses anabolisma ukhwah (pembinaan ukhwah) dalam pelaksanaan dakwah tidak semestinya dalam majlis-majlis formal seperti apa yang diaturkan sendiri oleh kita. Ia akan berlaku sepanjang masa. Hari itu, di Muhandeseen, aku lebih mengenali sahabat-sahabatku ini, Maryam dan Salwa.
“Ya Allah, betapa sebelum ini aku kurang mengenali mereka, dan sekarang aku makin menyayangi mereka,”diri ini bermonolog lagi.
Duduk santai-santai begini sambil makan-makan pun boleh mebina ukhwah. ^_^ Subhanallah.
*****
Khulasoh :
1) ”buatlah apa sahaja asalkan yang membuahkan kebaikan dan menghalang segala kejahatan”.
2) Setiap hari manusia bekerja. Bekerja sebagai buruh, pelajar, pengajar, doctor, kontraktor, penjual, pemborong dan sebagainya.^_^
“sungguh, usahamu memang beraneka macam(4) maka barang siapa memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa(5) dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga)(6) maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)(7)”
~al-Lail : 4-7
3) Sesungguhnya sabar itu indah. Seandainya Allah tidak mengurniakan kesabaran kepada hamba-hambanya yang sangat kerdil ini…wallahu’alam. ^_^ Sesungguhnya sabar itu indah…sabar itu indah…
“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. “
~Ali Imran:142
4) “…satu jarak yang kian x nampak…”
Satu frasa yang baru bertapak di dalam hati ini. Frasa ini adalah natijah dari apa yang aku lakukan. Maryam, Salwa, aku dan sahabat-sahabat yang lain…hari-hari bertemu di kuliah, hari-hari berselisih bahu…hari-hari duduk bersebelah mendengar lecture bersama. Tamat kelas, masing-masing membawa diri ke destinasi masing-masing bersama tujuan yang pelbagai. Bila direnungkan semula, terasa seperti robot. Hari-hari melaksanakan aktiviti yang sama. Bertemu hanya untuk berbicara biasa, gelak dan ketawa. Sedangkan Allah tidak menciptakan diri ini dengan sia2...
Apa yg kian aku sedar kini, selama ini...betapa rapuhnya ikatan ukhwah antara aku dan mereka. betapa rapuhnya ukhwah itu antara kamu dan dia. betapa rapuhnya ukhwah itu antara aku dan kamu. Betapa rapuhnya...ukhwah itu antara kita semua, saudara seagama. Antara sesama kita. Kita = yang mengaku Allah itu Tuhan yang Esa, Rasulullah itu pesuruh-Nya, kita yang menghadap pada kiblat yang sama, yang berlindung di bawah naungan yang sama, ISLAM.
Islam tersebar dengan ukhwah. ukhwah yang ikhlas kerana Allah. kenapa di zaman Rasul Ulul Azmi dulu, Islam terpasak dengan gagah? Kerana ukhwah yang mantap antara para sahabat. Kenapa di zaman khulafa ar-Rasyidin, zaman kegemilangan tamadun Islam dahulu (Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyyah), Islam dijunjung setinggi-tinggi kedudukan? kerana pemimpin-pemimpinnya mempunyai ukhwah Islamiyah yang sangat hebat. kenapa di zaman ini...umat Islam diinjak sedalam-dalamnya, negara Islam dijajah sehabis-habisnya, pemimpin-pemimpin Islam dibonekakan sebaik-baiknya, dan... pemuda-pemudi Islam ditipu sehingga rosak akhlak, budi pekertinya??? kenapa? kerana ukhwah fillah kita....berada di mana??? aku, aku..dan kamu,kamu..

konsepnya?
ukhwah = "sayangi mereka seperti kamu menyayangi dirimu sendiri."
~Nur Suhaila Hamran, Hayyu 'Asyir, 8 Muharam 1431H/25 Disember 2009M
No comments:
Post a Comment