Friday 19 November 2010


Pusing2 tang tu jugak...lari2 jumpe yg tu jugak...tutup muke, tak boleh..sbb hidup ini kenyataan yg mesti dihadapi. huhu...

nak mengeluh...tp sampai bile..? sbb tempoh hayat setiap manusia Allah dah tetapkan. x boleh extent, x boleh cut.

kene cari nafas baru ni...sbb selagi jantung berdenyut, malaikat akan terus mencatat. huhu..umpama mesin taip yg x pernah exhausted. dan yang pihak satu lagi tu, syaitan, sifat baik yang ade pada dia, x pernah tau berputus asa. masya-Allah...kite yang penat dibuatnye.

berjalan-jalan dengan pipah kat tepi hadiqah dauli semalam, memberi 1001 makne buat-ku. tak tau la buat kak pah, camne pulak..hehehe..

kite nak lakukan sesuatu. kite ade cara sendiri. sebenarnye kite boleh berjaya. tapi, kite lihat perjalanan yang sangat panjang. dah lah panjang, pastu x tau kite berjaya atau x mencipta cita2 kita tu. hmm...jgn mengeluh, suhaila.

kite ade cara kite sendiri. dan orang lain ade care mereka juga. apabila kite nak mencorakkan sesuatu, bukan kite x boleh terima sumbangan kreativiti daripada orang lain. kite bole terima dan sesuaikan dengan cara kite. insha-Allah, hasilnye akan jadi lebih menarik daripada ape yang kite bayangkan. ^_^

syukur Ya Allah...thanx kak pah. =_=

sekarang, jom kite keluar dari kepompong kecil ni! saye ade cara saya, kamu ade cara kamu. jom kite berlapang dada, jom kite kerja sama2.

"Rabbi isyrahli sodri wa yassirli amri..." ameen~

"PERUBAHAN di PERINGKAT GLOBAL". hmm...aku teringat kate2 Dr. Hafizi.

~a new step. ^_^ mak,anyah,alang, ika,adik..ni kak long.... doakan ye..uhibbukum fillah.

wallahua'lam.. wassalam.

Friday 27 August 2010

Secangkir Coretan Jaulah Haramain-MADINAH


Assalamu'alaikum w.b.t.

Ramadhan kareem...^_^ alhamdulillah...dengan izin Allah, setelah sekian lama menunggu masa yang sesuai untuk melakar sedikit kisah sepanjang jaulah Haramain (yang bermakna 2 tanah haram) pada tanggal 29 Rejab 1431H-10 Julai 2010M yang lalu, akhirnya, dapat juga meluangkan sedikit masa untuk blog ni. Alfu syukur.

Perjalanan pertama melangkah ke Madinah An-Nabawiyah. Sebuah bandar yang sangat bersih, masha-Allah. Benarlah kata orang, tanah Haramain, tanah kedamaian. Berdiri di bumi Madinah, sememangnya terasa ketenangan yang tak terdapat di tempat lain.

'Isyak, 30 Rejab 1431H-11 Julai 2010. Pertama kali menatap Masjidin Nabawi yang sebenar di depan mata. Macam tak percaya. Apabila azan berkumandang, lautan manusia daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan negara berpusu-pusu dari segenap penjuru menuju ke arah tempat yang sama. subhanallah... subhanallah... subhanallah...

Masjid berkubah hijau itu sangat luas. berbeza dengan Masjidil Haram di Mekah, 1000 pahala solat hanya akan diperolehi kalau solat di dalam masjid (Masjidin Nabawi). Hatta, kalau solaty setapak di luar pintu Masjidin Nabawi pun, tetap tak sama dengan mereka yang solat setapak dari dalam pintu masjid tu.
Siapa pernah tengok taman Raudhah dalam gambar/real? hmmm...Raudhah tu dalam Masjidin Nabawi. Di situ terletaknye makam kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. ^_^ Kalau berjalan dalam masjid ni menuju ke Raudhah, nak tau samada dah masuk dalam kawasan Raudhah ke belum adalah...apabila kaki dah pijak permaidani hijau, huh...itulah kawasan Raudhah, kawasan yang selain tu permaidaninya warna merah.

Raudhah...selain makam Rasulullah tercinta, kat situ juga terletaknye mimbar baginda, beberapa batang tiang yang mane setiap tiang tu ade name masing-masing. tiang-tiang syurga. Raudhah adalah antara tempat-tempat mustajab doa'. subhanallah... subhanallah... subhanallah...hatta, lintasan hati pun kene berhati-hati. ana dan cik Yam dah kena...nge3...

Pernah mase ana masuk ke Raudhah, lepas solat subuh. Mase tu, pintu depan baru dibuka, ana duduk dulu. Tak mau berebut-rebut dengan mak cik-mak cik n kakak-kakak tu. Bayangkanlah gelombang manusia dari seluruh pelusuk dunia nak menuju ke tempat yang sama pada satu masa. Apabila rase macam bilangan yang berebut dah kurang, dengan lafaz basmalah dan hati yang bertawakkal, ana mule melangkah masuk.

Melepasi pintu tu, bukan terus sampai ke kawasan Raudhah. kene berjalan bermeter-meter sikit ke depan untuk sampai ke tempat tu. mase nak hampir tiba ke Raudhah, ana nampak ribuan manusia lagi yang sedang menunggu giliran untuk masuk Raudhah. "Ya Allah, tak masuk lagi diorang nih..." nak tak nak, tak lame lagi Raudhah di kawasan akhawat akan tutup. Maknenye, keputusan yang diambil adalah...terjun ke dalam lautan mak cik-mak cik n kakak-kaka tu...huahuahua...

Hanye Allah yang tau perasaan mase tu...apabila berada dalam lautan manusia yang berhimpit-himpit tu, dah tak mampu bergerak voluntarily. You've no choice unless follow the tide. Can do nothing unless DOA'. Even only if you tsry to look down and looking for your feet...huhuhu...you cannot even see your big toe. Kat situ ana terfikir..."ke mana perginye sifat sabar dan bertolak ansur yang Rasulullah ajarkan..? sedih tak Rasulullah tengok umat-umat baginda zaman ni? Astaghfirullah al-Azhim.."
Ni lah sebahagian daripada Raudhah. tapi makam Rasulullah tak kelihatan.

Bile terase ade sedikit ruang, ana cube tunduk melihat ke bawah.."carpet hijau!..dah sampai Raudhah." Apa yang mustahil pada pandangan manusia itu, tak mustahil bagi Allah. Dalam kepungan manusia tu, hati berdoa pada Allah agar diberi sedikit ruang untuk solat sunat. Hanye beberapa saat lepas tu, mak cik-mak cik yang ade di depan ana bergerak sedikit ke hadapan. Alhamdulillah...ade ruang untuk solat. ^_^

Bertawakkal agar sentiasa dalam peliharaan Allah. Dalam keadaan macam tu, bile-bile mase boleh dipijak orang, lagi pulak semase sujud. Na'uzubillah. Ape yang diharapkan adalah ketenangan sepanjang mase lantaran ketenangan itu adalah nikmat dari Tuhan yang tak terkira.^_^

Selesai solat, ana berdiri. Mata terus mencari makam Rasulullah tercinta. Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...sekali lagi diberi peluang menatap makam rasul tercinta. Mase tu kedudukan ana dalam kurang 1/2 meter dari makam baginda. Ingin sekali berada dekat dengan makam baginda walau sesaat.

Tapi melihatkan manusia yang berpusu-pusu tu, ditambah lagi dengan diri sendiri yang tersekat di tengah-tengah mereka, hati berdoa agar Allah beri yang terbaik. Andai lebih baik keluar segera, maka keluarlah segera. tapi andai lebih baik berada dekat dengan makam baginda walau sekejap, maka pergilah...masha-Allah...

"dan rahsiakanlah kata-katamu atau nyatakanlah ia, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang berada di dalam dada." ~67:13

Dengan izin Allah...tak tau dari arah mane arus tu datang, insan-insan itu bergerak menolak jasad yang lemah ni menuju ke sesuatu arah...mase tu sangat menakutkan...mane taknye...sebab mase tu arus yang menolak tu sangat laju dan kuat...dan ana pun tak tau ditolak ke mane...dan keputusan yang diambil adalah...pejam mata...=_= huhuhu...tak lame lepas tu, terasa macam keadaan makin reda, beranikan diri, bukak mata...

subhanallah... subhanallah... subhanallah..."ni makam Rasulullah...kekasih Allah..."hanye beberapa inci di sebelah bahu.

Segala puji bagi Allah. Banyak perkara yang ana belajar sepanjang travel ni, yang Allah ajarkan melalui hamba-hambanya yang lain...terima kasih kepada travel agent yang menguruskan kami dan group members Jaulah Haramain kali ni..^_^ sp.Cik Yam..mekacih Yam...

Travel di bumi Haramain, tidaklah seperti travel di Malaysia, UK, Jepun, Taiwan...dsb yang memiliki asset pelancongan seperti pantai, hutan tropika dll. Kekayaan dan keistimewaan yang ada di dua tanah haram ni pada ana adalah...Masjidil Haram di Mekah dan Masjidin Nabawi di Madinah....dan berada di dua masjid ini adalah nikmat yang lebih hebat berbanding berada di tempat lain di muka bumu ni. sungguh!

Tiada tempat yang terdapat ketenangan dan keamanan di dalamnya di dunia melainkan di Haramain.

Tiada tempat yang lebih baik untuk menyucikan dan membina kekuatan jiwa melainkan di Haramain.

Tiada tempat yang lebih baik untuk menyuburkan rasa cinta, rindu dan yakin pada Allah dan Rasul melainkan di Haramain.

sentiasalah berdoa pada Allah agar diberi peluang dan kesempatan untuk berada di tanah suci ini. kullu sanah wa antum bil khoir.^_^










Monday 16 August 2010

Gentle but firm!



JaNGaN JEMU MEMUJI DaN MERaNGSaNG

http://saifulislam.com/


“Naurah dah makan ke?” saya bertanya.

Beliau hanya tersengih.

Muka saya masam mencuka.

Naurah memuncungkan mulutnya.

“Kenapa Naurah makan? Bukankah hari ini kita berpuasa? Sayang sahaja. Baru pukul 11 pagi!” saya menjelaskan kepadanya tentang apa yang berlaku.

Too hot to handle…. kadang-kadang begitu saya istilahkan anak perempuan kesayangan saya ini. Naurah sangat unik. Hatinya boleh menjadi sekeras batu, boleh juga sedingin salju. Jika saya pulang dari kerja, Naurahlah yang paling mesra menyambut di pintu, menawarkan segelas air dan mencabut stokin serta membuat apa sahaja untuk menggembirakan hati saya.

Tetapi hatinya itu jangan disinggung.

Tersilap menegur, langit cerah menjadi taufan. Amuknya bukan kepalang.

POSITIVE REINFORCEMENT

Mengajar sesuatu kepada Naurah adalah contoh ekstrim tentang keperluan POSITIVE REINFORCEMENT.

Pendekatan ini bukan bermaksud melimpahkan pujian tidak berasas tanpa tujuan kepada anak-anak. Positive reinforcement bermaksud kepekaan ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berhubung dengan kanak-kanak, terhadap perbuatan baik yang dilakukan oleh seorang anak, mengiktiraf kebaikan yang dilakukan itu dan memberikan ganjaran. Apa yang diganjarkan itu, sama ada berbentuk pujian, senyuman, anggukan kepala dan sesekali hadiah untuknya, menjadi PERHATIAN yang diberikan oleh di tempat yang betul untuk anak-anak.

Ia membantu anak-anak menetapkan satu tujuan yang positif kepada anak-anak untuk mereka membuat kebaikan.

Ia juga tidak menghantar mesej yang salah kepada anak-anak, bahawa perbuatan baik mereka disepikan, salah laku ditegur malah diherdik. Akhirnya, hanya dengan salah laku, mereka akan mendapat perhatian daripada ibu dan bapa.

Naurah tidak makan saman, tetapi sangat menghargai pujian. Setiap pujian sangat menjadikannya bermotivasi tinggi untuk melakukan sesuatu yang baik. Manakala teguran, amat sulit untuk dihadam.

Perempuan barangkali? Saya hanya mampu tersenyum memikirkannya.

Metod Khalifah mengajar ibu bapa prinsip berlembut tetapi tegas. Gentle but firm!

Bersama Naurah, kami menggunakan sepenuhnya regim ini.

HUKUMAN YANG BERSESUAIAN

“Wah, seronoknya. Ada jelly!” Naurah melonjak gembira melihat agar-agar merah kegemarannya terhidang di meja.

Sorry, meja ini untuk orang yang berpuasa sahaja. Naurah duduk dulu. Makan selepas kami makan” saya bertegas.

Wajahnya segera berubah. Masam mencuka. Renungan matanya seperti mahu menelan saya. Tetapi saya dan isteri abaikan sahaja. Sudah biasa.

“Seronok betul makan bersama-sama apabila berbuka. Sebab itu kita kena berpuasa. Kalau letih dan tak mampu, beritahulah ibu bapa. Jangan pula pandai-pandai makan sendiri. Terpulang, mahu makan makanan yang sedap-sedap, atau sekadar makan nasi lauk semalam” saya bermonolog sambil menjeling di ekor mata melihat gelagat Naurah yang sudah berbungkus selimut membina ‘comfort zone‘ beliau sendiri.

Keesokan harinya, Naurah enggan bangun sahur.

2 Ramadhan adalah hari beliau melepaskan kemarahan. Semua jadi tidak kena. Naurah enggan berpuasa.

3 Ramadhan pun sama juga.

4 Ramadhan, kemarahannya reda.

Naurah bangun bersahur dengan ceria. Semangkuk cereal menjadi hidangan dengan sedikit nasi yang ditambah.

Sepanjang hari Naurah ceria. Banyak masa dihabiskannya dengan melukis. Saya memantau lukisan Naurah yang kelihatannya semakin lama semakin terpeinci, hingga khemah pun sudah ada pasak dan tali yang lengkap, demikian juga tompok-tompok pada kucing yang bukan satu warna lagi.

“Naurah dahagalah” kata anak dara saya itu.

“Naurah boleh tahan lagi ke?” saya sekadar memeriksa.

Tidak memaksa, namun tidak mahu puasa berlaku tanpa difahami ertinya.

“Naurah boleh tahan lagi” katanya.

“Bagusnya. Kalau penat beritahu Abi, ok!” saya mengingatkan.

Sehingga lewat petang, Naurah masih berpuasa. Abangnya, Saiful Islam sudah tidak tentu arah. Tidak sabar mahu bertolak balik ke kampung. Juga gelisah menahan kelaparan.

BERJAYA

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!” azan berkumandang.

“Tahniah Naurah… Tahniah Naurah… Tahniah Naurah!!!” kami semua menjerit.

4 Ramadhan mencatatkan kegembiraan buat kami semua kerana buat pertama kalinya, Naurah berjaya menyempurnakan puasanya dengan baik! Berdozen-dozen ciuman dan pelukan kami berikan sebagai tanda kegembiraan. Tidak dilupakan Strawberry House yang diharap-harapkannya semenjak awal tahun lagi.

Setiap anak itu unik.

Ibu bapalah yang mesti mengesan dan menghargainya.

Subuh ini Naurah ceria bersahur lagi.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Thursday 8 July 2010

Wednesday 7 July 2010

Wednesday 9 June 2010

Sunday 6 June 2010

Assalamu'alaikum...
di sini, ana bawakan petikan yang diambil daripada http://www.mykhilafah.com/khilafah semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi sesuatu untuk difikirkan sejenak tentang umat kini...

"Sejak penubuhan OIC dan PBB, Israel tidak pernah dan belum pernah dihukum dengan cara kententeraan atau sekatan ekonomi oleh mana-mana badan dunia. Namun begitu umat Islam masih menyimpan harapan bahawa Israel dapat dibawa ke muka pengadilan oleh dua badan dunia itu. Namun yang berlaku adalah puluhan resolusi dikeluarkan oleh badan PBB mengutuk tindakan rejim Zionis serta puluhan kutukan yang dikeluarkan oleh OIC sekadar kertas-kertas pengumuman yang tidak dapat menyedarkan rejim Zionis yang hina itu.

Hakikatnya, inilah yang dikehendaki oleh kaum kafir penjajah Barat - agar umat Islam terus menerus mengharap kepada penyelesaian mereka dan umat Islam sentiasa dibelenggu dan tidak akan dapat bangkit lagi. Amatlah dangkal sekali pemikiran umat Islam yang masih mengharap kepada penyelesaian daripada organisasi tajaan kaum kafir penjajah.

Apabila Baitul Muqqadis ditawan oleh tentera Salib Eropah pada 1099, seorang Qadi yang bernama Abu Said al-Harawi telah mengembara ke kota Baghdad (ibu-kota Khilafah Abbasiyah) dan menyeru kepada Khalifah umat Islam dan tentera umat Islam supaya bangkit untuk membela kesucian Islam yang telah dirosakkan oleh tentera-tentera Salib [Rujukan: Crusade through Arab eyes – Amin Maalouf, A-Saqi Books, 1984]. Berbeza dengan para pemimpin umat Islam hari ini - tak ubah seperti “seekor anjing yang menyalak pada bukit”, masih lagi menyalak kepada PBB untuk membalas kejahatan rejim Israel.

Penyelesaian kepada masalah tersebut hanyalah mendirikan semula Daulah Khilafah yang menyatukan seluruh umat Islam sebelum berjihad menghancurkan rejim Zionis Israel. Dan sememangnya kaum kafir penjajah amat takut kepada umat Islam sekiranya Daulah Khilafah dapat didirikan semula. Seorang Jeneral tentera British yang bertugas di Afghanistan pernah berkata, “Sekiranya terdapat agenda Islam yang tidak kita halang di selatan Afghanistan, di Afghanistan atau di Asia Selatan, maka pengaruh tersebut akan merebak. Ianya akan merebak dan ini adalah perkara yang serius, sebab ianya boleh merebak dari Asia Selatan ke Timur Tengah dan Afrika Utara, dan mengulangi kemuncak penguasaan Khilafah Islam pada kurun ke-14 dan ke-15”. [General (bersara) Richard Dannatt, penasihat kerajaan British, bercakap kepada program BBC Today pada 14 Mei 2010]."

Wa Allahu A’lam.

Tuesday 1 June 2010



Kebingungan...di TV, surat kbr, internet...dsb...semua berita ttg saudara2ku di Palestin. Lkfeline4Gaza diserang...aku dgr helikopter2 tu lalu lalang di ruang angkasa Bumi Anbiyya' ini...mungkinkah itu helikopter durjana2 Israel laknatullah? Aku bingung...ingin sje aku berlari ke tanah Palestin itu skrg...skrg...bukan jauh...cume beberapa km dr sni..aku bingung...kalau boleh, aku nk panah helikopter2 tu dgn panah2 api dr bwh ni!!! Allahumma unsurnaa, Allahumma ighfirlanaa...Ya Allah.

Monday 17 May 2010

MENCARI KEIKHLASAN



Bismillahirrahmanirrahim...^_^

Detik demi detik…saat demi saat…hingga hari demi hari yg berlalu mengajar ku untuk lebih matang dalam hidup ini. Matang dalam berfikir…matang dalam tindakan.

Pencarian diri adalah mencari Tuhan. Benarlah. Bila kite kenal siapa diri kite, kite akan kenal siapa Tuhan kite. ^_^

Ya Allah. Benarlah. Tiada ketenangan andai mengerjakan sesuatu bukan kerana Tuhan.

“…dan bertasbihlah memuji Tuhan-mu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam , dan bertasbihlah pd waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang.”
~Thaha, 20:130

STUDY
Kalau study 24 jam skalipun…itu bukan penentu kite mampu lakukan tg terbaik semasa exam, dan bukan penentu kpd result yg akan keluar nanti.

Kalau rase seperti masa yg ade sgt sedikit utk mengulang @ baru nak bace sesuatu subjek, sedangkan exam dah sgt2 hampir, bukan sudah terlambat utk berbuat apa2. Bukan jg bermaksud..”x dek makna bc buku lg…”

…..dsb…

SOSIAL
“Bersahabat dgn ‘die’ sgt seronok. Sbb die baik.”-dialog A
“Kawan dgn ‘die’ ni, x best! X bleh terima sikap die..”-dialog B

Situasi yang sering dialami. Allah memang mengajar kite untuk ikhlas dlm bersahabat. Kalau kite sayang kpd sahabat kerana berasa senang dgn kebaikannya, sayang itu x akan kekal lama. Sbb, kite x kan mampu nk menyayanginye lagi apabila Allah uji kite dgn kelemahan pd diri sahabat itu.

Sayanglah sahabat kite kerana Allah. Maka buruk atau baiknya, insha-Allah, kite dpt terima dengan hati yg terbuka.^_^ sedangkan diri kite pun ade kekurangan.

IBU BAPA
“Redha Allah terletak pada redha ibu bapa”^_^

Sungguh tinggi kedudukan ibu bapa kite -itu yang Islam ajarkan. Sayang ibu pada anak x sama dengan sayang anak pd ibu. Begitu jg sayang ayah pd anak tak same dgn sayang anak pd ayah. Seorang ibu boleh menjaga 9 orang anak. Tp belum tentu 9 anak boleh menjaga seorang ibu itu.

Selagi hayat dikandung badan, berbuat baiklah pd ibu bapa kite sekali pun berada di perantauan. Doakanlah kesejahteraan dan keampunan Allah buat mereka, tidak kiralah mereka yang masih hidup atau yg telah kembali ke pangkuan Tuhan-nya.

Nasihat ana kpd shbt2 semua (especially, buat shbt2 medik), jangan sesekali abaikan mak dan ayah kite. Sekarang ni, kite masih berada di platform kuliah. Masih bergelar pelajar medic. Belum lg bergelar seorang Doktor. Sesibuk mane sekalipun kite, kekalkan hubungan mesra dgn family walau di mane mrk berada (Malaysia @ …) Hubungi mereka. Ambil berat keadaan mereka di sana.

Kejayaan kite di sini bukan bermakna kerana usaha kite yang x kenal malam atau siang, senang atau susah, panas atau sejuk. Doa seorang ibu, ayah kpd anaknya, doa seorang adik kpd abang/kakaknya, doa seorang kakak/abang kpd adiknya…itu semua memainkan peranan penting dlm proses kejayaan kite.

^_^….akhir sekali…bukanlah nak kata study sungguh2 supaya mumtaz dalam exam. Bukan jg nak kata, study last minute itu x mengape sbb rezki di tangan Allah. Bukan jg nk pesan supaya sayang pada sahabat2 dan family kita supaya mereka doakan kejaayan kite.

Tak…tak…tak…

Mari hayati semula apa yg kite bace setiap kali menunaikan solat…doa Iftitah.^_^

“Inna solati, wa nusuki, wa mahyaya, wa mamati, lillahi Rabbil ‘alameen.” – sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah, Tuhan seluruh alam.

Subhanallah…Subhanallah…Subhanallah…



“…wallazeena amanu asyaddu hubballillah… “-adapun orang2 yang beriman sangat besar cintanya kpd Allah. ~al-Baqarah, 2:165

Wallahu’alam.

Saturday 8 May 2010

KEDATANGAN YAHUDI KE PALESTIN



"Dan orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kpdmu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. katakanlah, "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)" dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kpdmu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."

~Al-Baqarah,2:120



Allah MAha Berkuasa. Raja kepada sgala raja. Kalau Dia mahukan Palestin itu merdeka, "kun fayakun". Maka merdekalah Palestin sekali pun tanpa ada apa2 tindakan drpd kita (saudara seagama-Islam). tp, jangan sekali kite persoalkan, kenapa Allah x lakukan demikian serta-merta. mungkin akan ade sesetengah yg berfikir, “kan lagi senang.x perlu ade rakyat palestin yg diseksa. takkan ade orang kafir yg nk lanyak umat Islam dgn suka hati...bl...bla...bla...”

x. bukan begitu, shbt2 sekalian. kalau suatu mase dahulu, sewaktu tentera Abrahah dtg, nak lanyak Ka'bah di Mekah, rakyat2 di Mekah x mampu melakukan ape2 dan hanya mampu berserah kpd Allah. sehinggakan ade yg bertanye kpd Abdul Muthalib, "kenapa kite x pertahankan Ka'bah?" jawab beliau, "Ka'bah itu rumah Allah, maka Allah akan menjaganya." *au kama yaqul

sahabat, pd waktu itu bil. yg beriman kpd Allah amat sedikit. dan mungkin kerana itu mereka x mampu face to face dgn tentera bergajah Abrahah yang sgt besar jumlahnye.

tp kondisi kite skrg 180 darjah berbeza dgn mereka. umat Islam sedunia, berbilion jumlahnye. oleh itu, mari kite lihat dan renung kembali ape yg telah dan sedang kite semua lakukan utk Islam kini.

ape yg berlaku di tanah wakaf milik Umat Islam (=Palestin) adalah simbolik kpd semua virus yg sedang melanda umat Islam sedunia. semenjak kejatuhan Khalifah Islam Turki Uthmaniah (tahun 1948), sehingga kini, kite semua dipijak seperti sampah. sedar atau tidak?

p/s: dahulu,khalifah Saidina Umar pernah berkata...."aku mulia kerana Islam"

mari sama2 kembali menyerahkan diri dengan sepenuh penyerahan kpd Allah subhanahu wata'ala.

Al-Hajj, 22:34
Al-Anbiya',21:108

wallahu'alam.

Saturday 24 April 2010

VISION



After many vain attemps to split or dislodge a rock, Umar went to the Prophet (pbuh) who took the pickaxe from him and gave the rock a blow at which a flare as of lightning flashed back as of the city and towards the South.

He gave it another blow and again there was a flash but in the direction of Uhud and beyond it towards the North.

A third blow split the rock into fragments and this time the light flashed eastwards.

Salman saw the three flashes and understood that they must have some significance. So he asked for the interpretation from the Prophet (pbuh) who said :

“Did you see them Salman? By the light of the first I saw the castles of Yemen; by the light of second I saw the castles of Syria; by the third I saw the white palace Of Kisra at Mada’in. Through the first God opened up to me the Yemen, through the second He opened to me Syria and the West, through the third, the East!”

Monday 12 April 2010

Penubuhan Badan antara agama

Assalamu'alaikum...
Ade 2 post di bwah yg menyatakan ttg penubuhan badan antara agama, yang sempat ana baca. Apa pendapat sahabat2 ttg isu ini?

~sila tinggalkan komen di bawah @ e-mel pd ana. Segala perbincangan amat dialu-alukan. Syukran kathir.

Berita Harian Online | Kedudukan Islam tak disentuh

Berita Harian Online | Kedudukan Islam tak disentuh

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Thursday 8 April 2010

APE SAYE BUAT SEKARANG?

Assalamu'alaikum...^_^

meh sini, nak cite skit.....

mcm2 da mkanan yg dimakan...huhu...






mcm2 da tempat merayau...(walaupun byk lg x sampai...)

HURGADA N LUXOR (survey tempat)







DAHAB (summer camp)



HADEEQAH AZHAR (picnic)











MEDISAL CUP sudah...CAIRO SPORT'S DAY pun dah...











dan...barisan kepimpinan SISWA AKADEMI AL-QURAN cawangan KAHERAH



dan sekarang...kami mesti bertarung dgn buku2 pulak...^_^ ehehehee.....



doakan kami semua, student Malaysia di Mesir sabar dan tabah dalam meneruskan perjuangan di sini. doakan kami semua najah (mumtaz) dlm final exam ni... ana da x nampak ape dah, melainkan buku..uhuhu...mgkin utk 3 bln ni (april-jun) x byk @ x dek post terbaru...mungkin...doakan kami najah yea...

~umat Islam mesti cemerlanggg!!! study..study..study!!! Allahumma yassir wa la tu'assir...Allahumma nawwir qulubana bi nuri hidayatik. Allahumma iftah 'alaina hikmataka. Ameen.

Friday 2 April 2010


Assalamu’alaikum…^_^

The Leadership of ‘UMAR IBN AL-KHATTAB
~reference: Al-Islam wal Idarah, by Naceur Jabnoun


He was born around 586 AD. He came from tribe of ‘Ady ibn Ka’ab. His tribe was known by its knowledge, wisdom and intellect.

‘Umar had been known for his resolve and toughness. He was very knowledgeable, very educated and was also a successful trader. However, ‘Umar was more interested in acquiring knowledge than in gaining money. He memorized a lot of poetry and read a lot of history.

The knowledge of ‘Umar allowed him to be ambassador of Quraiysh. The knowledge of ‘Umar deepened his sense of responsibility and his concern about his people and what could help their welfare.

He was a very disciplined person and committed to law and order. He was very though on those who deviated from the norms of the society.

The knowledge of ‘Umar had also contributed to his strong feelings about his opinions and his arguments. ‘Umar was very adamant. He was among the staunch opponents of the early Muslims as he felt that the Muslims were dividing and weakening his people.

Prophet Muhammad used to say:
“O Allah! Strengthen Islam by the more lovable to you: Abu Jahl (‘Umar ibn al-Hakam) or ‘Umar ibn al-Khattab.” (Tarmidhi)

And, the history traced that ‘Umar had embraced to Islam and he became one of the successors of Prophet Muhammad peace be upon him.

~16 Rabi’ul Akhir 1431H / 1st April 2010M

Alhamdulillah...thanx for all Azharian for the recent Cairo Sport's Day. We'd done a great job together! Congrate for all, esp.the NETBALL team (Spongebob n Patrick)^_^... Syukran jazilan.

We are in the 'fatrah imtihan' ^_^.Final exam, inshaAllah in 2nd year of Medical School. (Sanah Thaniah fi Kuliyah at-Thib) Same2 doakan utk kecemerlangan bersame,yea... >KEMBALIKAN KEGEMILANGAN UMAT ISLAM<

Buat sahabat2 (x kira d mane2 berada)...jangan berasa lemah dalam menghadapi ape jua bentuk tribulasi dlm hidup ini...Pasakkan sifat BERANI dan SABAR dalam diri. Semamangnya, kite adalah MANUSIA yg sangat2 lemah.. Tp, jgn sekali lupa, kite ade ALLAH subhanahu wata'ala. HE is the only ONE that we put our hope. ok? Remember that.

Ana mohon maaf kepada semua yg pernah ana berbuat silap padanya. Minta maaf... Semoga Allah beri kekuatan kepada kita utk menjadi yg lebih baik. UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG!

wassalam.

Tuesday 23 March 2010

I BEGIN FROM THE ZERO


Assalamu'alaikum...pengalaman itu madrasah kehidupan...mcm nk menulis dlm B.Inggeris. but, I'm sorry for any broken english.^_^

Things happen unexpectedly. It’s just around the corner…what is it? The Cairo Sport’s Day. I’m not going to tell about the sport’s day. But I would like to share something that we call ‘tarbiah’ from what had happen around me (include myself).

I admit. Everyone has his/her right to choose. Our nice experience during the MEDISAL 2010 (the latest PERUBATAN sport’s day in Cairo) make me feel a little confident in building a team. A NETBALL team for Al-Azhar.

However, like I said from the beginning…things happen unexpectedly. We took 22 days to practice and build ukhwah amongst us, as we believe that chemistry among the players is very, very, very important to ensure that we have a fraternity between each other. And that was what we had done for MEDISAL CUP 2010. Alhamdulillah.

Now, in this March 2010, may be Allah wants to let me go through a new adventure. Who knows..? and I also never know. There are only a few days left for us to build a new NETBALL team for Al-Azhar! It seems that we’re going to begin from the zero. Woaaa….subhanallah…wake up , Su!!! You have to make it! Take the challenge,sis!

~I’m trying to be a tough person, but this one made me gonna cry…..but, Alhamdulillah…Allah brings to His servant an obstacle together with the relief. My friends (act.my ahlul beit) told me to turn the remorse into strength! And I’m trying to make it! Oo..Allah, please help me…

I want to be like the sahabat, Abdul Rahman Ibn ‘Auf r.a. – The Man of Gold Finger. He is one of the success Muslim businessman. During the migration of early Muhajiroon to Yathrib (now, Madinah al-Munawwarah), included Abdul Rahman ibn ‘Auf, they left behind all their belongings.

Our hero, Abdul Rahman Ibn ‘Auf had a special talent in a commerce, which he put to very good use. When Prophet Muhammad p.b.u.h.made a special arrangement of fraternity between pairs of Makkah emigrants and Madinite supporters, our hero’s counterpart was Sa’d Ibn Rabi’, the Madinite.

Sa’d Ibn Rabi’ said to Abdul Rahman Ibn ‘Auf… “my Brother, look…I’m one of the wealthiest people in Madinah.I have two farms and two wives. Choose the farm you like, and it is yours; and choose the wife you like, and I will divorce her for you to marry.”

Guess what?

Our hero, Abdul Rahman Ibn ‘Auf replied…”May Allah bless your family and your property, but I have no need for either. Please take me to your market-place.”

~Heroes of Islam, by Prof. Mahmoud Esma’il Sieny

See…?
Subhanallah….he left his beloved country, Makkah and all his wealth, only for Islam. And In Madinah…he started everything from the zero. And he made it! Believe in Allah….^_^

“…tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
~Al-Baqarah, 2:216 (@_@)

22nd March 2010 9.33pm

Thursday 25 February 2010

Their kingdom is not of lands and countries, but of hearts and spirits.



Assalamu'alaikum w.b.t.

Here's something that I would like to share with you, especially who is full-heartedly embraces to Islam. ^_^ This is about our beloved prophets, esp.Muhammad p.b.u.h.
Here it is...

*****

Wherever you come across compassion and justice and a sincere desire to alleviate the sufferings of the poor and the downtrodden, no matter whether these are found in a cave of a mountain or a dense forest or a populous city, they are due to the call given by one of these men of God.

The Quran tells us…

“…there was no nation but a Warner has passed among them.”
(Fatir, 35:24)

The luster of their teachings is to be found in every country and nation. Of all the groups of men, the most august are they, for their rule not over the bodies of men like the kings, but their authority enshrined in the hearts of the people. Their kingdom is not of land and countries, but of hearts and spirits:
• they do not wield the sword, yet they obliterate the stains of guilt at one stroke

• they are not dreamy-eyed song-smiths, yet the sweetness of their speech delights the soul

• they are neither senators nor a law-makers, yet the law given by them regulate the conduct of statesmen

Let’s reflects the history of the men other than the Islamic leaderships. The Holy Quran has told us, by the words of the Queen of Sheeba, how they appeared on the stage of this world…

“…Lo! Kings, when they enter a township, ruin it and make the honour of its people shame…”
(An-Naml,27:34)

• The swords of mighty kings have hanged over the heads of criminals, but they have failed to reach the guilt concealed in the minds and hearts of men.

• They have enforced law in townships, but the kingdom of spirit have ever been beyond their reach

• How many lawgivers has the world seen from Solon to this day? Their laws were not only short-lived but also failed to cleanse the hearts and purify the morals

• The rulers always placed a new set of laws, though more often to further their own interest then to enforce the rules of equity

• The legislatures make and unmake laws endlessly, but seldom their labours are for the benefit of the people whom they profess to represent

What else have the kings like Alexender and Ceasars left for us? These are, broadly, the higher sections of society which could be expected to work to the welfare of humanity.

If you give further thought to the matter, you would see that whatever light of goodness and virtue you find in the world today, it owes its existence to the pure-hearted souls whom you know by the names of prophets and messenger of God^_^

~refered to Muhammad the Ideal Prophet by Saiyid Sulayman Nadwi

This is not a question of faith or conviction but a matter of fact and history.

Last but not least, due to the anniversary of Maulidurrasul (of Muhammad pbuh), 12 Rabi’ul Awal 1431H, let's increase our solawat 'ala Rasulillah p.b.u.h.^_^ may ALLAH bless us here and hereafter.

Wallahua'lam.

Wednesday 24 February 2010

ISLAM cara hidupku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tajuk ini rasanya sering kali kite dengar, di mana-mana saja bahkan bila-bila masa. Kalau dulu pun, frasa ini seperti sudah lali di telinga penulis. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Macam air di daun keladi…

Tapi masa yang berlalu membawa 1001 pengajaran buat diri ini. Setelah pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup ini, setelah jatuh dan bangkit, kemudian jatuh dan bangkit semula, dan setelah segalanya yang dialami sejak mula mata ini terbuka sehingga ke saat ini, baru ana sedar…

kenapa ISLAM yang dianuti….
Kenapa ISLAM yang diperjuangkan…
Kenapa ISLAM yang dipertahankan…
Kenapa ISLAM yang ditentang…
Kenapa ISLAM yang diancam…
Kenapa ISLAM yang diabaikan…

Buat sahabat2 yang dikasihi, yang disayangi kerana kita seagama…

ISLAM ini mengajar ana untuk menyayangi antum semua. ISLAM ini mengajar ana bahawa kebahagiaan itu adalah milik semua. ISLAM ini mengajar ana supaya menghormati semua manusia dan haiwan dan segala yang ada di muka bumi ini…hatta kepada sebatang pensel. ISLAM ini mengajar ana supaya mengambil berat kepada sesama saudara.

Ana faham…indahnya hidup bersama ISLAM.^_^
ISLAM ini mendidik ana bahawa…

Kesenangan itu untuk dikongsi bersama, supaya kita tak ketawa sendirian.
Kesusahan itu untuk dipikul bersama, supaya beban itu dibahagi dan dinikmati bersama.
Hak itu untuk diberikan kepada yang berhak menerima.
Kebenaran itu untuk ditegakkan, supaya tiada yang teraniaya.
Akhlak itu untuk dipelihara, supaya ISLAM ini tetap pada kedudukannya.
…..etc.

Hidup yang meletakkan ISLAM kepada setinggi-tinggi kedudukan adalah kebahagiaan yang tidak ternilai harganya
.
Maha Suci Allah, yang Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik buat hamba2 ciptaan-Nya.

Kalau ana mencipta robot…ana tau di mana kelebihan dan kekurangan pada robot itu. Dan ana tau apa yang diperlukan dan yang terbaik buat robot tu…^_^

“and He knows whatever there is in the land and in the seas; not a leaf falls, but He knows it…”
Al-An’am, 6 : 59

Indahkan, ISLAM? ^_^

~kalau kite mahu…Allah akan ajarkan…inshaAllah.

~Ana nak cuba sampaikan sekali pun banyak kelemahan pada kata-kata ini. Ana nak cuba sampaikan sebab ana takut kalau nanti ana tak sempat nak menyampaikan…

Wallahua'lam.

Tuesday 2 February 2010

Kadang kita rasa seperti hidup ini senang, kerana nikmat melimpah di sana sini.
Tapi rupanya, nikmat itu ujian dari Tuhan Yang Maha Esa.

Kadang kita rasa seperti hidup ini sempit,..sesempit-sempitnya..kerana musibah yang menimpa bertimpa-timpa @ datang tanpa diduga.
Tapi rupanya, musibah itu juga ujian dari Tuhan Yang Maha Esa.

Segala yang berlaku telah diatur oleh Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Tujuan-Nya? Untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan hamba-hambaNya.
Maha Suci diriMu, ya Allah.(@_@)

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Acapakali kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Namely, famili...imtihan...persahabatan...pekerjaan....so on..so on... Namun, jangan sesekali mengalah, jangan sesekali berputus asa. Teguhkan hati... Yakinlah..yakinlah...yakinlah..Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.
~Dugaan yang Engkau datangkan, Kau hadirkan bersama keampunan-Mu buat hamba2 yang mengingati-Mu.

Andai diuji dengan kenikmatan, Bersyukurlah. Nikmatilah ia bersama-sama. Gunakanlah ia dengan sebaiknya sebagai tanda syukurmu dan ingatanmu pada Yang Maha Kaya.

~Ingatlah...Tiap sebuah kejayaan / kebahagiaan / kesenangan yang diidamkan, ada harga yang perlu dibayar.

Salam Perjuangan buat semua.^_^

~Nur Suhaila Hamran, Hayy 'Asyir. 02.50pm.

Wednesday 20 January 2010

Assalamu'alaikum...

For all of beloved students (akhawat) in Cairo.....

Let's join our program namely, OPEN YOUR EYES & HEART that will be held in this February, the winter vacation insha-Allah. ^_^




For more information, juz send to my e-mail, tadhiyah_1@yahoo.com.my. ok.

Alfu syukran minna. Ma'assalamah. ^_^