Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tajuk ini rasanya sering kali kite dengar, di mana-mana saja bahkan bila-bila masa. Kalau dulu pun, frasa ini seperti sudah lali di telinga penulis. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Macam air di daun keladi…
Tapi masa yang berlalu membawa 1001 pengajaran buat diri ini. Setelah pelbagai perkara yang berlaku dalam hidup ini, setelah jatuh dan bangkit, kemudian jatuh dan bangkit semula, dan setelah segalanya yang dialami sejak mula mata ini terbuka sehingga ke saat ini, baru ana sedar…
kenapa ISLAM yang dianuti….
Kenapa ISLAM yang diperjuangkan…
Kenapa ISLAM yang dipertahankan…
Kenapa ISLAM yang ditentang…
Kenapa ISLAM yang diancam…
Kenapa ISLAM yang diabaikan…
Buat sahabat2 yang dikasihi, yang disayangi kerana kita seagama…
ISLAM ini mengajar ana untuk menyayangi antum semua. ISLAM ini mengajar ana bahawa kebahagiaan itu adalah milik semua. ISLAM ini mengajar ana supaya menghormati semua manusia dan haiwan dan segala yang ada di muka bumi ini…hatta kepada sebatang pensel. ISLAM ini mengajar ana supaya mengambil berat kepada sesama saudara.
Ana faham…indahnya hidup bersama ISLAM.^_^
ISLAM ini mendidik ana bahawa…
Kesenangan itu untuk dikongsi bersama, supaya kita tak ketawa sendirian.
Kesusahan itu untuk dipikul bersama, supaya beban itu dibahagi dan dinikmati bersama.
Hak itu untuk diberikan kepada yang berhak menerima.
Kebenaran itu untuk ditegakkan, supaya tiada yang teraniaya.
Akhlak itu untuk dipelihara, supaya ISLAM ini tetap pada kedudukannya.
…..etc.
Hidup yang meletakkan ISLAM kepada setinggi-tinggi kedudukan adalah kebahagiaan yang tidak ternilai harganya
.
Maha Suci Allah, yang Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik buat hamba2 ciptaan-Nya.
Kalau ana mencipta robot…ana tau di mana kelebihan dan kekurangan pada robot itu. Dan ana tau apa yang diperlukan dan yang terbaik buat robot tu…^_^
“and He knows whatever there is in the land and in the seas; not a leaf falls, but He knows it…”
Al-An’am, 6 : 59
Indahkan, ISLAM? ^_^
~kalau kite mahu…Allah akan ajarkan…inshaAllah.
~Ana nak cuba sampaikan sekali pun banyak kelemahan pada kata-kata ini. Ana nak cuba sampaikan sebab ana takut kalau nanti ana tak sempat nak menyampaikan…
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment