Assalamu'alaikum...
di sini, ana bawakan petikan yang diambil daripada http://www.mykhilafah.com/khilafah semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi sesuatu untuk difikirkan sejenak tentang umat kini...
"Sejak penubuhan OIC dan PBB, Israel tidak pernah dan belum pernah dihukum dengan cara kententeraan atau sekatan ekonomi oleh mana-mana badan dunia. Namun begitu umat Islam masih menyimpan harapan bahawa Israel dapat dibawa ke muka pengadilan oleh dua badan dunia itu. Namun yang berlaku adalah puluhan resolusi dikeluarkan oleh badan PBB mengutuk tindakan rejim Zionis serta puluhan kutukan yang dikeluarkan oleh OIC sekadar kertas-kertas pengumuman yang tidak dapat menyedarkan rejim Zionis yang hina itu.
Hakikatnya, inilah yang dikehendaki oleh kaum kafir penjajah Barat - agar umat Islam terus menerus mengharap kepada penyelesaian mereka dan umat Islam sentiasa dibelenggu dan tidak akan dapat bangkit lagi. Amatlah dangkal sekali pemikiran umat Islam yang masih mengharap kepada penyelesaian daripada organisasi tajaan kaum kafir penjajah.
Apabila Baitul Muqqadis ditawan oleh tentera Salib Eropah pada 1099, seorang Qadi yang bernama Abu Said al-Harawi telah mengembara ke kota Baghdad (ibu-kota Khilafah Abbasiyah) dan menyeru kepada Khalifah umat Islam dan tentera umat Islam supaya bangkit untuk membela kesucian Islam yang telah dirosakkan oleh tentera-tentera Salib [Rujukan: Crusade through Arab eyes – Amin Maalouf, A-Saqi Books, 1984]. Berbeza dengan para pemimpin umat Islam hari ini - tak ubah seperti “seekor anjing yang menyalak pada bukit”, masih lagi menyalak kepada PBB untuk membalas kejahatan rejim Israel.
Penyelesaian kepada masalah tersebut hanyalah mendirikan semula Daulah Khilafah yang menyatukan seluruh umat Islam sebelum berjihad menghancurkan rejim Zionis Israel. Dan sememangnya kaum kafir penjajah amat takut kepada umat Islam sekiranya Daulah Khilafah dapat didirikan semula. Seorang Jeneral tentera British yang bertugas di Afghanistan pernah berkata, “Sekiranya terdapat agenda Islam yang tidak kita halang di selatan Afghanistan, di Afghanistan atau di Asia Selatan, maka pengaruh tersebut akan merebak. Ianya akan merebak dan ini adalah perkara yang serius, sebab ianya boleh merebak dari Asia Selatan ke Timur Tengah dan Afrika Utara, dan mengulangi kemuncak penguasaan Khilafah Islam pada kurun ke-14 dan ke-15”. [General (bersara) Richard Dannatt, penasihat kerajaan British, bercakap kepada program BBC Today pada 14 Mei 2010]."
Wa Allahu A’lam.
No comments:
Post a Comment