Assalamu'alaikum w.b.t.Ramadhan kareem...^_^ alhamdulillah...dengan izin Allah, setelah sekian lama menunggu masa yang sesuai untuk melakar sedikit kisah sepanjang jaulah Haramain (yang bermakna 2 tanah haram) pada tanggal 29 Rejab 1431H-10 Julai 2010M yang lalu, akhirnya, dapat juga meluangkan sedikit masa untuk blog ni. Alfu syukur.
Perjalanan pertama melangkah ke Madinah An-Nabawiyah. Sebuah bandar yang sangat bersih, masha-Allah. Benarlah kata orang, tanah Haramain, tanah kedamaian. Berdiri di bumi Madinah, sememangnya terasa ketenangan yang tak terdapat di tempat lain.
'Isyak, 30 Rejab 1431H-11 Julai 2010. Pertama kali menatap Masjidin Nabawi yang sebenar di depan mata. Macam tak percaya. Apabila azan berkumandang, lautan manusia daripada pelbagai lapisan umur, bangsa dan negara berpusu-pusu dari segenap penjuru menuju ke arah tempat yang sama. subhanallah... subhanallah... subhanallah...
Masjid berkubah hijau itu sangat luas. berbeza dengan Masjidil Haram di Mekah, 1000 pahala solat hanya akan diperolehi kalau solat di dalam masjid (Masjidin Nabawi). Hatta, kalau solaty setapak di luar pintu Masjidin Nabawi pun, tetap tak sama dengan mereka yang solat setapak dari dalam pintu masjid tu.
Siapa pernah tengok taman Raudhah dalam gambar/real? hmmm...Raudhah tu dalam Masjidin Nabawi. Di situ terletaknye makam kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. ^_^ Kalau berjalan dalam masjid ni menuju ke Raudhah, nak tau samada dah masuk dalam kawasan Raudhah ke belum adalah...apabila kaki dah pijak permaidani hijau, huh...itulah kawasan Raudhah, kawasan yang selain tu permaidaninya warna merah. Raudhah...selain makam Rasulullah tercinta, kat situ juga terletaknye mimbar baginda, beberapa batang tiang yang mane setiap tiang tu ade name masing-masing. tiang-tiang syurga. Raudhah adalah antara tempat-tempat mustajab doa'. subhanallah... subhanallah... subhanallah...hatta, lintasan hati pun kene berhati-hati. ana dan cik Yam dah kena...nge3...
Hanye Allah yang tau perasaan mase tu...apabila berada dalam lautan manusia yang berhimpit-himpit tu, dah tak mampu bergerak voluntarily. You've no choice unless follow the tide. Can do nothing unless DOA'. Even only if you tsry to look down and looking for your feet...huhuhu...you cannot even see your big toe. Kat situ ana terfikir..."ke mana perginye sifat sabar dan bertolak ansur yang Rasulullah ajarkan..? sedih tak Rasulullah tengok umat-umat baginda zaman ni? Astaghfirullah al-Azhim.."
Ni lah sebahagian daripada Raudhah. tapi makam Rasulullah tak kelihatan.
