Thursday 30 June 2011

Kekalahan vs Kemenangan


"dan bahawa manusia hanya akan beroleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhan-mu kesudahan segala sesuatu."
~An-Najm, 53:39-42

Perjalanan sesi 2010/2011 banyak mengajar bahawa susah senang itu beriringan. mungkin nilai yang sama yang Allah nak ajarkan, tetapi kali ini dihadapi dengan semangat dan kesedaran yang amat berbeza dengan tahun2 yang lalu. Alhamdulillah.

Seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa, "Kekalahan lebih banyak mengajar daripada Kemenangan". Ternyata sangat benar.

Apa yang dialami sendiri, yang dilihat sendiri dengan mata fizikal dan mata hati, benar seperti apa yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya di Al-Quds Conference yang dianjurkan oleh the General Congress for the Support of Al Quds di Al Azhar Conference
Center (ACC) pada 30 Jun 2011 lalu. Katanya...

"we have not make any progress in liberating Palestine as we have no plan, no strategy and no co-ordination between Muslims..."

Perkara sama yang perlu dipraktikkan dalam menuntut ilmu kerana menuntut ilmu juga adalah satu bentuk perjuangan.

-Plan : Bersedia awal
-Strategy : Kenal pasti kelemahan dan atur pergerakan
-Co-ordination: Bertanya pada yang ahlinya (yang faham @ pakar tentangnya)

Tiada istilah kekesalan hingga membawa putus asa dalam diri seorang muslim. biarlah kekesalan itu sekadar untuk membawa kita kembali tunduk kepada Allah, menandakan betapa lemahnya kita sebagai hamba di sisi-Nya. Sentiasa ingat bahawa Allah tidak zalim, tetapi manusia itu sendiri yang menzalimi dirinya.

Teringat lirik lagu Rabbani dalam nasyidnya yang bertajuk 'Satu Qiblat yang Sama'......

"tak mungkin manusia yang punyai nafsu, bisa terlari walau secebis dosa, apa yang mampu, kejar pahala, biar yang Esa menentukannya.."

Teruskan perjuangan, teruskan berlari, teruskan..teruskan...teruskan membuat perubahan kerana perubahan diri adalah on-going process. satu bentuk proses yang tiada kesudahan selagi nyawa dikandung badan.

Rabbuna yusahhil, inshaAllah...

~Success is a Journey, not a Destination ^_^ wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment