Assalamu'alaikum...
Bertalu2 demonstrasi dan reformasi yang meledak over the world sekarang ni. Paling terbaru adalah sejarah yang baru tercatat di tanah air tercinta, Malaysia, iaitu BERSIH 2.0.
Apabila berfikir sejenak, hebatnya momentum yang terhasil apabila tenaga-tenaga manusia bersatu. Tenaga = Energy. Ape yang kite belajar dari kecil dalam subjek sains, energy will never destroy, instead it will be converted into another form of energy.
~tp, mana mungkin wujudnya sesuatu tanpa ada yang mencipta. dan tentunya kuasa Yang Maha Mencipta itu lebih hebat. infinity kehebatan-Nya.
Contohnya, dalam demonstrasi besar-besaran Mesir (25 Yanayir) yang lalu, para pengakaji mengatakan bahawa ia (demonstrasi Mesir) adalah hasil daripada kemarahan penduduk Mesir (Masriyin) yang telah terpendam, terkumpul sejak sekian lama.
Kemarahan adalah satu bentuk energy. Kemarahan akibat penindasan ekonomi yang tidak sama rata, tidak stabil, kemiskinan yang sangat berleluasa, perbezaan taraf antara kaya dan miskin yang sangat ketara, sekatan suara, sekatan pemikiran....dsb.
Tambahan lagi, penindasan dari segi mental dan maruah ketika dunia memandang sinis kepada Mesir apabila pemimpin mereka menutup pintu di sempadan Rafah untuk masuk ke bumi Anbiya', Palestin.
Banyak lagi faktor yang membawa kepada kemarahan Masriyin. namun, kemarahan tersebut terpaksa mereka telan sendiri apabila kebebasan bersuara dan kebebasan menyampaikan risalah kebenaran disekat oleh pihak berkuasa.
Akibatnya, apabila tahun berganti tahun, semakin ramai generasi intelek lahir dan berani mara ke hadapan, mengerah tenaga dan pemikiran mereka untuk disampaikan kepada masyarakat. Akhirnya, kemarahan yang terkumpul meledakkan suara rakyat yang terpaksa didengar oleh pihak atasan dan boleh jadi kuasa rakyat bisa menentukan kedudukan pemerintah mereka, samada hina atau mulia.
Sewaktu BERSIH 2.0 sedang meletus di Malaysia, terbaca tulisan yang bertajuk, "Menghidupkan Semangat Anti-Keganasan" yang dipetik dari buku "Belajar Dari Dua Umar", karangan Hepi Andi Bastoni dengan pandangan sisi daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
*Special kredit untuk Nur Afifah jafry dan Aiman Mahzus.
Dalam buku ini, ia menceritakan tentang taktik Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kebenaran dan dalam masa yang sama menghapuskan kejahilan dan kezaliman.
Selepas para sahabat dan Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, mereka meneruskan penyebaran dakwah Islam dengan lebih giat. Secara umumnya kini, Kota Madinah mempunyai golongan ansar (=golongan yang memberi bantuan) dan golongan muhajirin (=golongan yang berhijrah).
Dalam siri-siri peperangan kecil yang berlaku sebelum Perang Badar, Rasulullah s.a.w. banyak memilih muslimin dari golongan muhajirin. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w. berat sebelah kerana tidak memilih dari golongan ansar untuk menyertai perang tersebut. Tetapi, ini merupakan strategi Rasulullah s.a.w.
Memilih golongan muhajirin di awal-awal ekspedisi sebelum tercatitnya Perang Badar dalam catatatan sejarah Islam, merupakan petanda kebijaksanaan dan kematangan pemikiran Rasulullah s.a.w. dalam mengatur taktik peperangan dan menjaga keselamatan umat Islam.
Kenapa Rasulullah s.a.w. memilih Muhajirin dahulu....?
Kerana 3 sebab:
1- Muhajirin adalah orang yang paling berhak untuk dihidupkan jiwa kepahlawanannya.
2-Muhajirin perlu mengeksplore kawasan yang baru mereka duduki.
3-Menguji kualiti & kesetiaan pendukung di kalangan Muhajirin.
1- Muhajirin adalah orang yang paling berhak untuk dihidupkan jiwa kepahlawanannya.
Muhajirin adalah golongan paling awal ditindas di tanah air mereka. Lantaran memeluk Islam, menyampaikan risalah kebenaran, mereka diseksa jiwa, fizikal dan mental.
Siapa yang sanggup ibunya dibunuh di hadapannya seperti yang dialami oleh Amar bin Yasir. Siapa yang sanggup dadanya dihempas batuan besar seperti yang dialami sendiri oleh Bilal bin Rabah? Siapa yang rela harta bendanya dirampas dan didagangkan sesuka hati? Siapa yang rela lehernya dijerut, atau diseksa sehingga menjadi gila? Semua ini telah dialami oleh golongan muhajirin, dan mungkin lebih99x hebat lagi!
Mereka dirampas kebebasan berfikir, bersuara dan beribadah. Mereka ini adalah jiwa-jiwa yang penuh dengan semangat anti-kezaliman dan semangat ini perlu dihidupkan bukan dibiarkan. Penindasan yang mereka alami terutamanya sewaktu di Mekah dahulu perlu dibayar oleh Musyrikin Mekah.
Selepas jiwa-jiwa muhajirin ini dapat dihidupkan, api semaraknya akan merebak kepada golongan ansar pula. Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. menyeru kaum muslimin untuk menyertai Perang Badar, dalam masa yang singkat, seramai hampir 231 orang muslimin yang mendaftar dari golongan ansar. Subhanallah...
*Tektik ini telah digunapakai oleh Komunis dalam perancangan mereka untuk menguasai sesebuah kawasan.
2-Muhajirin perlu mengeksplore kawasan yang baru mereka duduki.
Muhajirin adalah golongan yang masih baru di Kota Madinah. Mereka akan menetap dan akan bersama-sama golongan ansar menjaga keselamatan Kota Madinah. Oleh itu, amat penting untuk golongan yang ini (muhajirin) mengkaji struktur geografi dan mengenali kota ini (Madinah).
Dengan mengetahui:
-struktur geografi,
-mempelajari budaya penduduk,
-mengenal pasti tahap dan status ekonomi, dan
-mengkaji tahap ilmu dan pemikiran penduduk di Madinah,
ia akan memudahkan lagi proses penyebaran Islam di Kota Suci itu.
Perkara ini amat penting untuk kita aplikasikan dalam kehidupan sekarang, ie: mengetahui masalah yang terdapat dalam masyarakat sasaran (dakwah), apa yang sangat-sangat sensitif buat mereka (cth simple: buat masyarakat Mesir, memakai kasut di dalam rumah adalah perkara biasa, tetapi bagi masyarakat Melayu, ia adalah perbuatan yang tidak beradab).
Perlu juga diketahui tahap ekonomi mereka (mad'u). Contoh: bagi masyarakat Malaysia, RM1 itu adalah amat kecil, tetapi buat masyarakat Indonesia, ia bersamaaan dengan @2,824 IDR (rupiah), yang mana mungkin amat bernilai buat mereka.
Dengan mengetahui perkara-perkara seperti ini, melatih kite untuk saling menghormati antara satu sama lain dan memudahkan penerimaan dakwah itu dalam kalangan mereka (mad'u).
Begitu juga dalam mendidik generasi-generasi baru seperti hari ini, masih ingatkah lagi pesanan Saidina Umar r.a tentang perkara ini? Katanya..."Didiklah anakmu mengikut zamannya."
3-Menguji kualiti & kesetiaan pendukung di kalangan Muhajirin.
Sewaktu kaum muslimin dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. utuk berhijrah ke Yathrib (Madinah), dalam kalangan mereka ada yang benar-benar berhijrah demi kepentingan Islam, terdapat juga yang terlari daripada niat yang sebenar sehingga menjadi penyebab kepada keluarnya hadith yang berkaitan dengan Niat (=Hadith 1).
Rasulullah s.a.w. lebih banyak memilih golongan muhajirin dalam siri-siri taktik keselamatan sebelum Perang Badar adalah untuk menguji dan menapis paras kualiti dan kesetiaan muslimin ini. Di sinilah, komitmen seorang Muslim diuji.
Dalam Perang Niklah (pada Rejab, tahun 11 H. = Januari 624 M.), Abdullah bin Jahshy pernah berkata:
"Siapa yang ingin mati syahid dan mencita-citakannya, hendaklah dia mengikutiku. Siapa yang enggan, silakan kembali. Sedangkan aku akan meneruskan perintah Rasulullah s.a.w."
Perkara-perkara inilah yang melahirkan keberanian yang lebih besar dalam diri mereka, kaum muslimin. Mari sama-sama menilai di mana kita sekarang. Di mana tahap jati diri kita sebagai seoang muslim? Di mana tahap keberanian kita dalam mepertahankan dan meyebarkan Islam? Di mana tahap komitmen kita dalam membawa Islam dalam diri dan masyarakat?
Sahabat-sahabat sekalian, saya ingin menyeru kalian untuk sama-sama bebaskan diri dari zon keselesaan. Dunia ini tak menjanjikan keseronokan melainkan itu semua tipu belaka. Kembalikan semangat ukhuwah islamiyah di antara kita. Brotherhood. Fahami peranan masing-masing dan bertindaklah! Jangan dibiarkan saudaramu meniti titian dakwah seorang diri. Dia tak mampu berseorangan. Tak mampu. Sedarlah! Sedarlah! Sedarlah!
No comments:
Post a Comment